08-22-2010, 02:12 PM
2010/08/19
REZEKI datang bergolek buat Muhammad Zamir Selamat yang terpilih buat julung kali beraksi di Sukan Asia selepas malang menimpa dua penjaga gol yang dilanda kecederaan.
Zamir, anggota skuad Harimau Muda A yang berkelana ke Slovakia selama tiga bulan mendapat panggilan daripada pengendali, K Rajagobal selepas penjaga gawang Perlis, Mohd Farizal Marlias diketepikan selama tiga bulan berikutan kecederaan muka dan rakan sepasukan bawah 21 tahun kebangsaan, K Sasikumar terbabit dalam kemalangan. Kini pemain berusia 21 tahun itu memasang impian merebut satu daripada tiga tempat khas selaku penjaga gawang skuad negara walaupun menyedari tugas sukar mengetepikan tonggak sedia ada. Saya tidak menyangka akan dipanggil tetapi melihat kecederaan yang melanda penjaga gol lain, ia adalah peluang yang tidak harus disia-siakan.
Saya akan cuba yang terbaik memenangi tempat dalam skuad ini ke Sukan Asia. Apa yang saya lihat ketika sesi latihan pertama (Isnin lalu) pemain memiliki sikap yang berbeza ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan. Pasukan menerapkan corak permainan laju dengan menekankan aspek teknikal, kata pemain kelahiran Keramat, Kuala Lumpur itu.
Selepas pembatalan kunjungan latihan ke China, skuad kebangsaan mendapat lawan pengganti, Oman pada 3 September ini dengan perlawanan mereka dijadualkan berlangsung di Doha. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia turut mera