Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeRJaYa v
« Previous 1 2 3

Badan Bomba

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Badan Bomba
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-04-2010, 04:24 PM (This post was last modified: 08-04-2010, 04:42 PM by Mr.Pingu.)
Salam all.. ok kalau berbicara tentang bomba, ramai yang terlintas di kepala bahawa bomba ni kejenya hanya memadam kebakaran. actually tugas bomba lebih dari itu. selain memadam kebakaran, mereka juga menjadi satu badan penyelamat. ok disini nak berkongsi sedikit info tentang badan bomba.

Kerjaya di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Tugas-tugas dan Cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR
UNIT UDARA
MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR TINGGI
UNIT PENGESAN K-9
MEMADAM KEBAKARAN DI HUTAN
UNIT EMS
MENYELAMAT DI JALAN RAYA
KOMUNIKASI
UNIT MOTOSIKAL GERAK CEPAT
UNIT HAZMAT
UNIT MENCARI DAN MENYELAMAT
UNIT 'MUST'
UNIT MENYELAMAT DI DALAM AIR
UNIT PENYIASATAN

Untuk menyertai badan Bomba, anda perlu melalui sesi temuduga berikut:

Proses Semasa Hari Temuduga
Calon-calon hendaklah mengisi surat akuan lepas tanggungan sebelum menjalankan sebarang ujian. Calon-calon dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal.

TINGGI
Tidak kurang dari 1.57m (lelaki) dan 1.53m (wanita) tanpa memakai sepatu.

BERAT BADAN
Tidak kurang dari 48kg (lelaki) dan 46kg(wanita) tanpa memakai baju (bagi lelaki) dan sepatu/kasut getah.

UKURAN DADA
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas tidak kurang dari 5sm. Wanita dikecualikan.

UJIAN PENGLIHATAN
Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.

PENGECAMAN WARNA
Pengecaman warna terhadap semua warna yang ditetapkan.

UJIAN PENDENGARAN
Ujian pendengaran yang ditetapkan.

UJIAN MENGANGKAT BERAT

UJIAN MENEGAKKAN TANGGA BOMBA

UJIAN MEMANJAT TALI

UJIAN MENAIKI TANGGA

Bahagian2 Bomba:

UNIT PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN:

Memastikan keselamatan kebakaran dan langkah berjaga-jaga dipatuhi berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL 1984) atau undang-undang berkaitan. Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil termasuk:-

1. Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.

2. Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.

3. Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.

4. Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.

DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

1.1 Sebagai sebuah agensi tindakan kecemasan yang utama di negara ini, pegawai-pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari segenap lapisan pangkat, perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertinggi bagi melaksanakan tugas dengan profesional, cekap dan berkesan bagi memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, bersesuaian dengan kuasa yang diperuntukkan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

1.2 Menyedari hakikat inilah, maka Dasar Latihan Sumber Manusia (DLSM) ini digubal, yang menggariskan falsafah, halatuju, strategi dan pelaksanaan latihan secara bersistematik serta terancang berteraskan konsep pembangunan insan dan pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) untuk melahir dan mengekalkan pegawai bomba yang kompeten terhadap tugas dan tanggungjawab, profesional serta menghayati nilai-nilai integriti yang tertinggi.

1.3 Melalui DLSM ini, perkembangan kerjaya seseorang pegawai bomba akan dirancang, dilaksana dan dipantau dengan rapi bermula dari tarikh ia menjejakkan kaki ke dalam Jabatan sehinggalah ia meninggalkan Jabatan atau bersara. Dengan cara itu, pegawai berkenaan diharap akan berkembang dan meningkatkan keupayaan dirinya ke tahap potensi yang tertinggi.

1.4 Setiap orang yang telah memilih Bomba dan Penyelamat sebagai kerjayanya, perlulah memahami dan menghayati DLSM ini dan perlulah sedaya upayanya memenuhi hasrat dan aspirasi yang tersurat dan tersirat di dalam dasar ini agar ia benar-benar menjadi modal insan sebagaimana yang diinginkan oleh JBPM.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ayuh sertai bisnes mudah ni
Ayuh sertai bisnes mudah ni
03-09-2018 1,428 Views 0 Replies
Buah Kekabu hasilkan bantal Kekabu
Buah Kekabu hasilkan bantal Kekabu
02-24-2012 4,021 Views 3 Replies
Enam ahli bomba terkorban lemas
Enam ahli bomba terkorban lemas
10-05-2018 723 Views 0 Replies
Mat Saleh Register
Mat Saleh Register
11-01-2010 3,049 Views 4 Replies
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
04-18-2012 5,587 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 09:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend