Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Dato Sheila Majid - Lagenda Muzik Malaysia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Dato Sheila Majid - Lagenda Muzik Malaysia
mawar_hijau Offline
Member
**
Posts: 69
Threads: 19
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#1
09-05-2010, 04:52 AM (This post was last modified: 09-05-2010, 05:03 AM by mawar_hijau.)


Di Malaysia ini semakin hari semakin ramai artis dan penyanyi baru yang tumbuh bagai cendawan. lebih-lebih lagi dengan kemunculan rancangan-rancangan realiti TV seperti akademi fantasia, myStarz LG, mentor, One in Million, Bintang RTM dan sebagainya yang mencungkil bakat-bakat baru yang sebahagiannya hanya lebih untuk glamor dari mempamirkan bakat. walaupun satu persatu artis baru muncul, namun.. tidak ada satupun yang memiliki persona setanding dato Sheila majid. ya! dia merupakan artis yang cukup istimewa.

Beliau tidak perlu menjerit terpekik terlolong ketika menyampaikan lagu. cukup alunan suaranya yang santai itu bisa mengalunkan persona yang mengasyikkan. tidak hairanlah namanya mampu bertahan selama lebih 25 tahun dalam industri ini. She is a "living legend" membawakan Irama Jazz sebagai nadi perjuangannya membuahkan hasil. namanya cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura Jepun dan beberapa negara lain. beliau juga sering dijemput menjayakan persembahan dalam banyak acara-acara berprestij. Bukan calang-calang orangnya dato sheila majid ini.

Peminat setianya juga ramai. Dikatakan Persembahan Sheila majid tidak tidak mendapat sambutan malah setiap kali persembahannya peminatnya akan tetap membanjiri memberikan sokongan padu. itulah persona seorang artis yang cukup istimewa ini. Heart


Murai batu: Bukan cuba hendak perlekehkan mana-mana penyanyi wanita yang sedia ada sekarang ini, tapi Murai Batu rasa tidak ada seorang pun yang boleh menandingi kehebatan Dato Sheila Majid. Maksud Murai Batu adalah dari sudut kejayaan yang dilakar Sheila sepanjang melibatkan diri selama 25 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Dialah satu-satunya penyanyi wanita tempatan yang betul-betul berjaya mencipta nama di Singapura, Indonesia dan Jepun. Bukan hanya setakat persembahan biasa, namun Sheila juga banyak diundang untuk menjayakan acara berbentuk festival muzik yang cukup berprestij.

Malah dia juga beberapa kali diundang membuat persembahan di United Kingdom termasuklah di West End Royalty Theatre. Sesudah 25 tahun, Murai Batu tengok Sheila tetap maintain dan hot sebagai seorang penghibur yang cukup dihormati, berwibawa serta disegani.

Mungkin atas sebab itulah, pihak MTV memilih lagenda Ratu Jazz tanah air ini untuk sebagai 'Artist Of The Month MTV' sepanjang bulan Mei. Pada waktu yang sama, Murai Batu dapat tahu, Sheila juga akan muncul dalam program MyMTV di MTV.

Dalam program ini, Sheila akan bertindak sebagao hos serta berpeluang memilih 6 klip video nyanyian mana-mana artis kegemaranya. Apa yang menarik, program MYMTV ini pernah dijayakan oleh Rihanna dan Adam Lambert sebelum ini.

Wah, kelasnya Sheila. Bukan setakat itu saja, dia juga telah dipilih untuk menjadi Artist Of The Month untuk Asian Takeway MTV sepanjang bulan yang sama.

Satu lagi, Sheila juga berjaya membuat tayangan perdana eksklusif untuk klip video dan single terbarunya, Dengarkanlah yang bersiaran di MTV pada 24 April, bermula pada hari Sabtu, jam 5.30pm (WIB) / 6.30pm (SIN) / 7.30pm (MAL).

Dalam pada itu, set box khas edisi terhad Sheila bernilai RM99.90 yang mengandungi kesemua albumnya telah pun terjual sebanyak 1,000 unit dan hingga kini ia masih mendapat sambutan yang menggalakkan. Dapatkan sebelum ia habis dijual.

Kredit tu murai.com
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Norman KRU: AIM 18 Ditangguhkan, Bukan Tak Jadi!
Norman KRU: AIM 18 Ditangguhkan, Bukan Tak Jadi!
12-02-2010 1,522 Views 0 Replies
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
08-11-2010 1,173 Views 0 Replies
Pic lawak made in Malaysia
Pic lawak made in Malaysia
10-29-2010 5,105 Views 0 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 6,952 Views 10 Replies
Ramas Tetek Rozita Che wan??
Ramas Tetek Rozita Che wan??
04-09-2012 8,428 Views 0 Replies
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 01:05 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend