Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 22 23 24 25 26 ... 40 Next »

Cukai perkhidmatan telefon prabayar 6% untuk tanggung kos umno berkempen pilihanraya?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Cukai perkhidmatan telefon prabayar 6% untuk tanggung kos umno berkempen pilihanraya?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
09-11-2011, 09:30 PM (This post was last modified: 09-11-2011, 09:30 PM by Mr.Pingu.)
Salam..

Saya tahu ramai yang marah atas pertambahan kos 6% terhadap perkhidmatan prabayar. Maklumlah biasa yang menggunakan prepaid ni orang-orang kurang mampu macam budak sekolah, Makcik-maikcik tukang sapu, budak-budak kilang dan sebaginya. Tiba-tiba dengar pula desas desus kononnya ia dilakukan untuk membiayai Umno bagi menghadapi pilihanraya umu akan datang. Betulkah? Ikuti berita selanjutnya..

Quote:BERITA HARIAN

BACHOK, 10 Sept – Tuduhan sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk Umno membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.

“Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau mengulas laporan media kononnya caj berkenaan yang dicadang dikuatkuasakan pada 15 September ini oleh syarikat-syarikat berkaitan adalah untuk Umno membiayai pilihan raya umum akan datang.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yakin syarikat-syarikat berkenaan akan mengambil tindakan bijak sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahukan pihak terbabit menimbang semula keputusan itu.

Katanya, jika cukai itu tidak dikenakan ka atas pengguna, syarikat-syarikat berkaitan masih mampu meraih keuntungan.

“Cadangan itu sangat tidak sesuai dengan keadaan semasa yang mana kerajaan sekarang berusaha membendung inflasi supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.

Awang Adek berkata jika syarikat-syarikat terbabit menyahut saranan Perdana Menteri itu, mereka bukan sahaja dapat membantu kerajaan merangsang ekonomi negara tetapi juga akan disanjungi pengguna.

“Jika berlaku sebaliknya mereka seolah-olah membelakangi kerajaan,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
08-19-2010 1,697 Views 0 Replies
Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras
Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras
08-20-2010 1,159 Views 0 Replies
Projek perindustrian di Selangor tertinggi di Malaysia
Projek perindustrian di Selangor tertinggi di Malaysia
08-20-2010 1,723 Views 0 Replies
Topik sembang-sembang: Gula-gula
Topik sembang-sembang: Gula-gula
01-28-2011 14,008 Views 20 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,360 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-19-2026, 05:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend