Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 22 23 24 25 26 ... 40 Next »

Lim Guan Eng Disaman Malu 30 Juta?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Lim Guan Eng Disaman Malu 30 Juta?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
09-14-2011, 11:07 AM
salam..

sekarang ni kalau nak berkata apa-apa kena fikir dahulu. betul sangat kata pepatah bahawa kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa. jika sebelum ini negara digemparkan dengan kes mat sabu yang dikatakan menghina pejuang sejarah, now umno pula mau saman ketua menteri pulau pinang, Lim Guan Eng kerana katanya memfitnah. That why sebelum kemukakan apa2 hujah kenalah disertakan dengan bukti kukuh terlebih dahulu. ikuti sari berita dibawah

Quote:Utusan Online

PULAU PINANG 13 Sept. – UMNO akan memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakannya menuduh parti itu terlibat dalam demonstrasi aman di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini dan di atas Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu.

Tindakan undang-undang juga dibuat berikutan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu bahawa UMNO terlibat dalam kejadian cuba membakar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon di sini pada 17 Ogos lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebagai permulaan, satu notis tuntutan akan dihantar ke pejabat Ketua Menteri esok yang perlu dijawab Guan Eng dalam tempoh tujuh hari atau saman akan difailkan selepas tarikh tersebut melalui firma guaman, Jahaberdeen & Co.

Tegasnya, selain saman malu, pihaknya juga telah membuat beberapa laporan polis sejak bulan lalu berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng itu dan meminta polis menyiasat dakwaan fitnah tersebut mengikut Seksyen 499 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

‘‘UMNO Pulau Pinang sudah cukup bersabar dengan tingkah laku dan keceluparan Guan Eng yang setiap hari membuat tohmahan dan fitnah supaya rakyat benci dan curiga terhadap UMNO. Kesabaran kita ada tahapnya dan kini kita rasa dia telah melampaui batas.

‘‘Peluang yang diberikan kepadanya untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya dalam masa tujuh hari sebelum ini juga tidak dipedulikan malahan dia secara bongkak mencabar saya melalui twitter supaya terus menyamannya. Justeru, kita tidak ada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama, peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili UMNO.

Menurut Zainal Abidin, selain menunjukkan rasa kesal dan sedih terhadap tohmahan yang dilemparkan itu, tindakan saman juga dibuat bagi mententeramkan suasana politik negeri ini supaya semua pihak lebih beretika.

‘‘Saya telah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan UMNO dalam kedua-dua kejadian berkenaan namun saya pula dikatakan pembohong dan penipu dan dia terus melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap UMNO dalam ucapan dan sidang akhbarnya setiap hari selepas itu.

‘‘Sebagai ketua menteri yang diamanahkan mentadbir negeri ini, sepatutnya dia mewujudkan rasa aman dan tenteram dan bukannya siang malam asyik menuduh dan bermain politik. Justeru, keadaan ini perlu ditenteramkan,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Bersiar-siar naik kereta jenazah
08-10-2010 1,349 Views 0 Replies
Barangan Israel di pasaran
Barangan Israel di pasaran
08-08-2010 1,822 Views 0 Replies
Gadis pintar matematik jadi pelacur
Gadis pintar matematik jadi pelacur
08-08-2010 3,218 Views 1 Replies
Aloha Dari Ocean gurl
Aloha Dari Ocean gurl
12-26-2013 2,171 Views 1 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 7,586 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-28-2026, 07:38 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend