Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 ... 40 Next »

Lelaki terlepas tali gantung kes bunuh model sambilan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Lelaki terlepas tali gantung kes bunuh model sambilan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-29-2011, 08:23 PM
tak tau betul2 bersalah atau tak tapi kalau benar dia tiada niat membunuh, dia harus bersyukur kerana tidak dihukum mati..

PUTRAJAYA: Seorang pekerja landskap diperintah menjalani hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh seorang model sambilan yang cuba meliwatnya, tujuh tahun lalu.

Mahkamah berpendapat wujud provokasi secara mengejut pada hari kejadian di mana mangsa cuba meliwat tertuduh ketika sedang tidur. Ismawi Ishak, 26, sebelum ini disabit dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 28 September tahun lalu kerana membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah mangsa di Jalan Anggerik 1/7, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah, antara jam 12.01 tengah malam dan 7.17 pagi, 4 Mei, 2004. Bagaimanapun, Ismawi terlepas tali gantung apabila panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati.

Panel tersebut, yang turut dianggotai oleh Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Mohtaruddin Baki, kemudian meminda tuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(a) Kanun yang sama atas kesalahan menyebabkabn kematian tanpa niat membunuh.

Mahkamah kemudian memerintahkan Ismawi menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh tangkapan pada 9 Mei, 2004.

Dalam keputusannya, Abdul Malik berkata, pakar patologi memberi keterangan bahawa berdasarkan 27 kesan luka akibat tetakan dan tikaman ke atas mangsa, boleh disifatkan ianya adalah serangan berupa hilang kawalan kerana terlalu marah.

Semasa kejadian, perayu yang berusia 19 tahun dikatakan menumpang tidur di rumah mangsa apabila mangsa menanggalkan seluar tertuduh dan menyentuh tubuh serta cuba meliwatnya dan perbuatan itu menimbulkan kemarahannya.

Terdahulu, peguam Ismawi yang dilantik oleh mahkamah, K. Vikneswaran menggesa mahkamah meminda tuduhan itu kerana ia bukan pembunuhan yang dirancang tetapi sebaliknya anak guamnya hilang pertimbangan dan marah apabila mangsa cuba meliwatnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rafidah Zainuddin berkata, kesan luka ke atas mangsa sudah cukup membuktikan niat Ismawi untuk membunuh mangsa.

- BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Semak samun mawar berduri jd port bersetubuh remaja
Semak samun mawar berduri jd port bersetubuh remaja
08-08-2010 1,837 Views 0 Replies
SANDIWARA POLITIK YANG MEMUALKAN
SANDIWARA POLITIK YANG MEMUALKAN
08-21-2010 1,262 Views 0 Replies
Gadis pintar matematik jadi pelacur
Gadis pintar matematik jadi pelacur
08-08-2010 3,220 Views 1 Replies
Hello !
Hello !
10-23-2012 2,192 Views 1 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,987 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-30-2026, 12:06 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend