Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 16 17 18 19 20 ... 40 Next »

Sultan Selangor dikurnia anugerah tertinggi Perancis

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sultan Selangor dikurnia anugerah tertinggi Perancis
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-20-2012, 08:23 PM
KUALA LUMPUR 20 Feb. — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini dianugerahi pingat “Commandeur de la Legion d’Honneur"

oleh Presiden Perancis Nicolas Sarkozy.

Anugerah itu yang mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Sultan Sharafuddin sebagai Sultan Selangor dan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Perancis, Edouard Guillaud di French Residence, di sini.

Sultan Sharafuddin diiringi anakanda baginda, Tengku Zatashah, pada majlis penyampaian anugerah itu. Turut hadir Duta Besar Perancis ke Malaysia, Martine Dorance.

Dalam ucapan baginda, Sultan Selangor bertitah baginda amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij itu dan melahirkan harapan hubungan antara Malaysia, bukan Selangor sahaja dan Perancis akan terus berkembang.

"Sebagai Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, beta amat bangga dengan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Perancis. Dua buah kapal selam Scorpene kami (Malaysia) dikagumi oleh banyak pihak di rantau ini.

"Dan latihan anggota tentera laut kami, kebanyakannya di Brest, di mana mereka turut belajar bahasa Perancis, memperkukuhkan lagi hubungan kami,” titah baginda.

Guillaud, dalam ucapannya berkata, anugerah tertinggi Perancis itu dianugerahkan pada pemimpin penting dan warganegara negara yang menjalin hubungan dua hala baik dengan negara itu.

"Inilah bagaimana Presiden Republik Perancis memberikan merit kepada baginda (Sultan Sharafuddin) dalam perkhidmatan di Malaysia, angkatan tenteranya, angkatan tentera lautnya dan juga dalam perkhidmatan kepada rakyat di Selangor,” katanya.

Beliau juga melahirkan penghargaan atas bantuan Sultan Sharafuddin dalam membantu mereka membina program kapal selam antara TLDM dan Tentera Laut Perancis. — BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
08-23-2010 1,210 Views 0 Replies
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
08-17-2010 1,986 Views 0 Replies
Padah elak dicekup khalwat
Padah elak dicekup khalwat
08-23-2010 10,485 Views 10 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,766 Views 13 Replies
Malam ini saya tidak tidur
Malam ini saya tidak tidur
04-13-2011 7,888 Views 12 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Prestasi kerajaan Selangor Cemerlang - Sultan Selangor Mr.Pingu 0 1,953 03-18-2013, 01:23 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Projek perindustrian di Selangor tertinggi di Malaysia Mr.Pingu 0 1,785 08-20-2010, 02:25 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-27-2026, 06:56 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend