Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 15 16 17 18 19 ... 40 Next »

Operasi 1Malaysia akan diperluaskan ke 80 kawasan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Operasi 1Malaysia akan diperluaskan ke 80 kawasan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-20-2012, 08:54 PM
KUALA LUMPUR 20 Feb. — Operasi 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lepas akan diperluaskan lagi ke 80 kawasan Parlimen bagi memantapkan aktiviti membanteras jenayah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Datuk Sulaiman Keling berkata setakat ini, operasi yang dilaksanakan pada Oktober lepas itu telah dimulakan di Sungai Pelek, Sepang dan sembilan lagi kawasan termasuk Johor Baharu, Semberong, Kluang, Pagoh, Pekan, Kampar, Masjid Tanah, Taman Tun Dr Ismail dan Semenyih.

"Kita akan bekerjasama dengan kesemua agensi kementerian termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad dalam menangani kesemua bentuk jenayah terutamanya jenayah jalanan,” katanya.

Beliau berkata, demikian semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Pendaftaran Anggota Padiberas Nasional Berhad (Bernas)-JPAM peringkat ibu pejabat di sini hari ini.

Menurut beliau, kadar jenayah juga telah berkurangan secara mendadak setelah operasi ini dimulakan di mana rondaan akan sentiasa diadakan setiap hari bermula pada 8 malam.

"Kita hendak memperluaskan rondaan ini bersama-sama di setiap kawasan dan bertemu dengan penduduk-penduduk tempatan...dengan kehadiran anggota-anggota ini, kami percayai kadar jenayah dapat dikurangkan lagi, malah orang akan lebih mempercayai kita,” katanya.

Tambah beliau, operasi ini adalah selaras dengan komitmen kementerian berkaitan peranannya kepada rakyat iaitu mengurangkan kadar jenayah dan menggerakkan gelombang kesukarelaan. — BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
08-11-2010 1,301 Views 0 Replies
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
08-08-2010 1,378 Views 0 Replies
Kosmo teruskan tradisi edar bubur lambuk
Kosmo teruskan tradisi edar bubur lambuk
08-13-2010 1,020 Views 0 Replies
Kenapa kena kenai aku..???
Kenapa kena kenai aku..???
02-08-2013 5,121 Views 7 Replies
Realiti seorang menteri besar
Realiti seorang menteri besar
08-08-2010 7,585 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-28-2026, 03:25 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend