Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeRJaYa v
« Previous 1 2 3 Next »

Buah Kekabu hasilkan bantal Kekabu

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Buah Kekabu hasilkan bantal Kekabu
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-24-2012, 08:52 PM


Di bawah pohon kekabu, kelihatan seorang wanita tua membongkokkan badannya sambil mengutip buah-buah kekabu yang gugur di laman rumah Musinah Sangit. Begitulah rutin harian Musinah setiap kali tiba musim pokok kekabu yang berbuah dua kali setahun itu.

Laman rumah, jalan raya dan bendang di depan rumah berwarna putih itu dipenuhi kekabu yang berterbangan dibawa angin. Kediaman Musinah, 88, berhadapan dengan bendang yang terbentang luas di Parit 1 Barat, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Pada usia sebegitu, anak kelahiran Sungai Besar itu masih kuat mengutip buah kekabu dan memprosesnya sambil dibantu jirannya, Mursini Mohd. Saman, 65.

Kudratnya yang gigih mengutip kekabu umpama teguhnya berdiri pokok kekabu yang berusia lebih 50 tahun di laman rumahnya. Pokok itu ditanam sendiri oleh ibu bapa Musinah.

Pasti ramai yang tidak pernah melihat rupa fizikal pokok kekabu dan buahnya secara dekat. Namun setiap rumah pasti memiliki bantal mahupun tilam kekabu.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sektor Penanaman Lada Berpotensi Jadi Kerjaya Tetap
Sektor Penanaman Lada Berpotensi Jadi Kerjaya Tetap
08-08-2010 3,116 Views 0 Replies
Buah Mangga dan Kesihatan anda
Buah Mangga dan Kesihatan anda
05-01-2012 4,486 Views 0 Replies
INFO: Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
INFO: Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
08-17-2011 10,313 Views 3 Replies
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
04-18-2012 5,982 Views 5 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 18,321 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
02-24-2012, 08:54 PM


Telahan penulis bahawa pokok kekabu di laman rumah Musinah yang togel daunnya dan hanya kelihatan buah kekabu bergayutan menunggu akhir hayatnya ternyata meleset. Setiap kali tiba ia berbuah, daun-daunnya akan luruh serentak persis pokok mati.

"Selepas habis musimnya, daun-daun akan tumbuh semula," kata Mursini sambil memberitahu pokok kekabu berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun selama tiga bulan.

Di Malaysia, pokok kekabu mencapai ketinggian 30 meter. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 40 meter di benua Amerika. Pokok kekabu tidak tumbuh liar di Malaysia dan ia berasal dari bahagian tropika benua Amerika. Mursini sudah lebih 30 tahun membantu Musinah mengusahakan kerja-kerja memproses kekabu.

"Biasanya sehari tiga hingga empat kilogram kekabu boleh diproses. Buah kekabu yang sudah masak seelok-eloknya dipetik dengan menggunakan galah panjang.

"Petik bermaksud dahannya digegarkan atau digoncangkan dengan galah panjang supaya buah yang sudah masak akan luruh manakala yang mentah tidak akan luruh kerana masih liat," kata Mursini.

Buah kekabu yang mengambil masa tiga bulan untuk matang dikait bagi mengelakkan ia kotor jika terjatuh ke tanah. Bagaimanapun, buah kekabu yang jatuh juga boleh digunakan.

Dek tingginya pokok kekabu, galah panjang pun tidak terjangkau. Justeru, Musinah dan Mursini perlu menunggu buah kekabu yang paling atas untuk gugur sendiri. Jika tiada buah yang gugur, buah kekabu yang berwarna kehitaman boleh dipetik. Ia kemudian dijemur di tengah-tengah panas terik sehingga kulitnya kering.

"Buah kekabu ini ada dua jenis iaitu kurus dan panjang serta besar dan bulat. Jika pokok muda, buah kekabu boleh menjangkau hingga satu hasta," ujar Musinah yang selesa membahasakan dirinya sebagai embah. Embah dalam bahasa Jawa bermaksud nenek.

Waktu yang paling baik memproses buah kekabu ialah pada awal pagi ketika cuaca dan udara masih lembap dan tidak kering. Jika dilakukan pada waktu tengah hari, gentian kekabu akan berterbangan.

Embah Musinah dan Mursini memproses kekabu secara kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah manual tanpa menggunakan mesin. Jari-jemari tua Musinah pantas menunjukkan cara-cara mengupas kulit dan mengasingkan biji kekabu. Selepas dikupas, rupa kekabu kelihatan sama seperti susunan buah koko. Setiap satu bilik mempunyai satu biji.

"Dalam proses ini, empulur kekabu akan dibuang. Kekabu dan bijinya dimasukkan ke dalam bekas tong. Kemudian sejenis alat berbentuk T (penggesek) yang dibuat sendiri dimasukkan di dalam bekas tong tersebut dan proses menggesek dilakukan," jelas Mursini sambil membuat demonstrasi cara menggesek.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
02-24-2012, 08:57 PM


Proses menggesek dilakukan bagi membolehkan gentian kekabu kembang naik ke atas manakala biji-biji kekabu akan berada di dasar bekas tong. Sepokok buah kekabu boleh menghasilkan lebih 30 kilogram kekabu semusim yang dijual pada harga RM15 sekilogram.

Menurut embah Musinah, pokok kekabu merupakan pokok yang paling senang dijaga, tetapi buahnya yang mentah sering dimakan tupai. Pokok kekabu boleh ditanam dengan menggunakan anak pokok, biji dan dahan yang dipangkas. Ia mengambil masa lima tahun untuk berbuah. Pokok kekabu juga ada jantan dan betina. Kalau pokok kekabu betina, walaupun rendah ia boleh berbuah berbanding pokok jantan.

Ketika ditanya mengenai cakap-cakap orang mengenai pokok kekabu menjadi lokasi langsuir bertenggek, embah Musinah hanya tersenyum sambil berkata: "Kalau betul, kenapa embah tak pernah jumpa pun?"

Jika embah Musinah memproses buah kekabu, ibu kepada dua anak iaitu Sandora Mohd. Panut, 36, pula menjual pelbagai produk yang berasaskan kekabu seperti bantal kekabu, tilam kekabu, set tilam bayi dan kusyen nikah. Sandora mula berjinak-jinak dengan perniagaan kekabu sejak tahun 2005 secara kecil-kecilan selepas melahirkan anaknya.

"Saya bermula dengan perniagaan menjual tunku bayi dan minyak sawan kemudian barulah serius menjual produk kekabu atas permintaan rakan-rakan.

"Kedai ini hanya mula dibuka pada pertengahan tahun lalu yang dibuka pada hari Selasa hingga Ahad bermula dari pukul 9 pagi hingga 8 malam," katanya yang turut menjual bantal kekabu di Wisma Tani, Putrajaya pada akhir bulan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#4
02-24-2012, 08:59 PM


Sandora memberitahu, pada awal perniagaannya dia menggunakan 10 kilogram kekabu, kini penggunaannya menjangkau 10 hingga 20 kali ganda iaitu 100 hingga 200 kilogram sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Berikutan itu, Sandora mendapatkan bekalan daripada pemborong tempatan dan dari negara jiran, Indonesia. Penggunaan produk kekabu kini kian meningkat kerana sudah ramai pengguna mengetahui dan sedar akan kebaikannya.

"Saya biasanya menjual produk kekabu di karnival atau di tempat-tempat yang tidak ada orang menjual produk yang sama.

"Produk kekabu yang dijual menggunakan kain kapas kerana ia tidak panas seperti kain satin. Kebanyakan produk dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM5 hingga RM30 bagi bantal dan RM80 hingga RM500 bagi produk tilam," katanya sambil memberitahu produk kekabu keluaran Infantia House mempunyai trademark tersendiri iaitu renda di kelilingnya.

Menurut Sandora, untuk tilam bayi bersaiz 71 sentimeter (sm) x 91 sm dia mengambil masa di antara satu hingga dua jam. Dalam sehari, dia mampu menghasil empat buah tilam bayi. Bagi tilam bersaiz King dan Queen, Sandora mengambil masa setengah hari. Kata Sandora, ada juga pelanggan yang merungut bahawa produk yang dijualnya mahal, namun Sandora ada pandangannya sendiri.

"Hari ini kekabu sukar untuk peroleh, jadi kita terpaksa menjual pada harga yang berpatutan. Saya tidak rasa kekabu mahal, kerana ia berbaloi dengan wang yang dilaburkan dan tahan lama," ujarnya yang memiliki kedai sendiri di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang.

Bagi mengetahui sama ada bantal kekabu yang dibeli menggunakan kekabu tulen atau tidak, Sandora menasihatkan supaya tidak membeli dengan kuantiti yang banyak.

"Bantal kekabu apabila dijemur dan diketuk dengan rotan akan gebu semula kekabunya dan jika ia panas dan dimasukkan dalam plastik, plastik tersebut akan berpeluh.

"Persaingan perniagaan ini memang sengit. Namun, jika kita menjual dengan jujur dan memberikan produk berkualiti, pasti ada pelanggan tetap," katanya yang mendapat bekalan kekabu gred A dan B melalui pembekal dari Negeri Sembilan.

Dek kerana sukar mendapatkan bekalan kekabu, Sandora bercadang untuk menanam sendiri pokok kekabu dalam masa dua tahun akan datang bagi menampung bekalan kekabu.

Ditanya apakah kelebihan bantal kekabu? Jelas Sandora : "Ia lebih selesa dan sejuk berbanding serat sintetik atau span yang menyebabkan pengguna berasa panas atau berpeluh di kepala.

"Selain itu, tilam kekabu juga baik untuk mereka yang mengalami sakit belakang kerana gentiannya lembut dan semula jadi."

Kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan bantal atau tilam kekabu, Sandora boleh dihubungi melalui talian 019-360 3810 atau layari laman web http://www.infantiahouse.blogspot.com.

sumber
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-29-2026, 10:29 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend