Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24

Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-06-2010, 06:43 PM


Teks oleh: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2010: Biarpun penyanyi serta ikon nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin baru sahaja menjinak-jinakkan diri dalam dunia perniagaan kosmetiknya SimplySiti, namun sudah banyak cerita yang kurang enak didengar selepas produknya dilancarkan sejak Mac lalu.

Ada suara-suara yang mengatakan bahawa kandungan produk SimplySiti ini diproses atau hanya dilakukan di Melaka dan bukannya di Korea, malah jauh sekali menggunakan teknologi nano seperti mana yang pernah diuar-uarkan dulu.

Demi menadapatkan kepastian dan penjelasan tentang perkhabaran itu, portal murai.com.my terus berusaha mendapatkan komen daripada Siti Nurhaliza ketika dia sibuk melancarkan koleksi terbaru daripada Rizman Ruzaini di Restoran Istana Bambu, Ampang, petang semalam.

"Dakwaan yang mengatakan bahawa produk saya diproses di Melaka itu adalah tidak benar sama sekali. Sebenarnya saya ada membaca tentang khabar angin ini di sebuah blog tapi saya harap orang ramai serta peminat saya tidak terpengaruh dengan tulisan blog itu", jawabnya dengan tenang.

Khabar angin serta cerita yang disifatkan boleh menjatuhkan dirinya untuk terus berjaya dalam dunia perniagaan komestik yang baru sahaja diceburinya itu, bagaimanapun tidak membataskan dirinya untuk berjaya.

"Siti ambil langkah untuk mempedulikan semua cerita itu jika cerita-cerita itu tidak berasas untuk Siti fikirkan. Bila Siti dengar cerita-cerita macam itu, Siti hanya fikir bagaimana untuk memperbaikai produk Siti dan mencari formula-formula baru untuk produk Siti", katanya.

Apa yang pasti, Siti yang baru sahaja pulang dari kota London untuk keluaran terbaru produknya sempena menyambut lebaran ini serta sudah mencuba memakainya pada hari itu.

"Dalam bulan Ramadan ini, SimplySiti akan melancarkan edisi baru yang diberi nama Gold Edition untuk memeriahkan lagi sambutan raya tahun ini. Siti keluarkan banyak warna-warna baru yang Siti sendiri gemari untuk gincu dan pembayang mata.

"Alhamdulilah sambutan produk SimplySiti ini sangat bagus daripada pengedar dan peminat-peminat yang sentiasa menyokong Siti kerana semua produk Siti mengikut trend dan permintaan wanita zaman sekarang", tambahnya.

Siti juga baru sahaja selesai merakamkan single terbaru untuk lagu raya bersama adik-beradiknya, Saerah dan Sayidah yang berjudul Panggilan. Lagu raya yang dicipta oleh Audi Mok itu dijangka akan diperdengarkan di corong-corong radio mulai Ramadan ini

from: murai.com
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Can't get enough of Siti
Can't get enough of Siti
08-17-2010 1,272 Views 0 Replies
Acha Septriasa Ada Kekasih Baru
Acha Septriasa Ada Kekasih Baru
08-06-2010 1,614 Views 0 Replies
Gambar Intan Sarafina dan anaknya.. comel!
Gambar Intan Sarafina dan anaknya.. comel!
08-21-2010 2,928 Views 0 Replies
Goreng menggorenggg dlm exam!!
Goreng menggorenggg dlm exam!!
05-14-2011 9,278 Views 17 Replies
salam semua^^
salam semua^^
08-15-2012 3,030 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 10:52 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend