Baru-baru ini kecoh tentang MRSM yang dikatakan ingin memberikan keutamaan kepada golongan B40. Ada yang tak tahu apa golongan B40 ni. Mereka tergolong di kalangan mereka yang mempunyai pendapatan 40% terbawah di Malaysia. Kira pendapatan isi rumah RM3000+ kebawah.
Hal ini menyebabkan ramai golongan elit tidak berpuashati kerana mereka inginkan hak saksama dalam menempatkan anak-anak mereka di tempat pendidikan yang memiliki reputasi baik tersebut.
Mereka berpendapat perlu gunakan merit untuk masuk ke MRSM. Namun jika dilihat, segala kelengkapan dan kemudahan pembelajaran anak-anak luar bandar dan bandar sangat berbeza. Maka adalah tidak adil membandingkan tahap pencapaian yang sama terhadap mereka.
Jika dilihat sejarah dahulu, MRSM memang ditubuhkan untuk membantu anak-anak keluarga kurang berkemampuan untuk berjaya. Maka, ia perlu dikembalikan kepada tujuan asal penubuhannya, bukan sekadar tempat ibu bapa bermegah megah dengan membandingkan prestasi anak masing masing.

