Adalah tidak digalakkan untuk kita melawat negara Indonesia buat masa ini jika tidak ada urusan penting. Kerana kita dapat lihat betapa tidak stabilnya keadaan muka bumi Indonesia. Beberapa siri Tsunami yang mengorbankan ribuan orang berlaku di Indonesia dalam sela masa yang singkat.
Indonesia sebuah negara yang cantik unik dengan kepelbagaian bentuk muka buminya. Memiliki banyak tempat indah dan gunung ganang. Namun, Indonesia rumah bagi banyak gunung berapi aktif. Baru baru ini juga dilaporkan anak krakatua telah meletus dan mengorbankan ramai penduduk sekitar.
Doakan agar Indonesia bersabar menghadapi dugaan ini. Jika keadaan kembali stabil bolehlah kita melawat semula.


