Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 12:34 AM
2010/08/05
HAMPIR 34 PERATUS PEKERJA PEROLEH PENDAPATAN BAWAH GARIS KEMISKINAN

KUALA LUMPUR: Satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Hampir 34 peratus pekerja peroleh gaji bawah garis kemiskinan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

Beliau turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu.

"Kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji ini perlu dinaikkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan.

Subramaniam berkata, kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab kenapa gaji pekerja tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu.
"Kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tinggi pasti menuntut gaji yang tinggi, namun dalam banyak keadaan majikan tidak membayar gaji berdasarkan kemahiran, sebaliknya bergantung kepada pekerja asing yang tidak berkemahiran," katanya.

Semalam, Subramaniam selepas menutup satu bengkel mengenai gaji minimum berkata beliau akan membentang cadangan Kementerian Sumber Manusia berhubung gaji minimum nasional kepada Kabinet hujung Oktober ini.

Pelbagai pandangan berkaitan gaji minimum dibangkitkan dalam bengkel itu, dengan ada sesetengahnya merasakan bahawa perlaksanaannya akan memberi kesan terhadap daya saing, perkembangan gaji di samping tidak dapat merapatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin dalam negara, manakala di pihak lain pula merasakan bahawa langkah itu akan meningkatkan produktiviti di samping memberi keadilan buat pekerja.

Dr Subramaniam berkata, sekiranya kerajaan bersetuju terhadap cadangan gaji minimum itu, satu peruntukan rang undang-undang yang baru akan diperkenalkan bagi meliputi semua aspek liputan, pihak berkuasa, badan penasihat, perlaksanaan, dan lain-lain lagi.

"Satu Majlis Nasional berhubung gaji minimum juga akan dibentuk bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum yang lancar," katanya.

Kementerian Sumber Manusia dijangka menyiapkan laporannya berhubung gaji minimum nasional itu dalam masa empat bulan sebelum ia dapat dibentangkan ke Kabinet.

Dr Subramaniam berkata, pihak kementerian masih belum memutuskan sekiranya perlu diwujudkan mekanisma gaji minimum nasional, wilayah atau sektor.

"Ia terpulang kepada Kabinet untuk memberikan kami hala tujunya," katanya.

Satu pungutan suara yang dilaksanakan oleh kementerian itu bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung gaji minimum menunjukkan bahawa daripada 434 responden, 76 peratus bersetuju supaya kerajaan melaksanakan gaji minimum untuk semua sektor. - BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Jenayah kejam keatas wanita
Jenayah kejam keatas wanita
09-02-2010 2,161 Views 1 Replies
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
08-20-2010 1,746 Views 0 Replies
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
08-10-2010 1,132 Views 0 Replies
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
10-21-2012 4,930 Views 7 Replies
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
04-17-2012 1,884 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:59 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend