07-15-2019, 01:18 PM
Teringat zaman dahulu. Pergi sekolah untuk belajar. Pelajar hormat pada guru walaupun guru garang suka denda pelajar. Berdiri atas kerusi, kene rotan tapak tangan, denda macam-macam lagi sudah kena. Maklumlah zaman budak-budak dulu agak nakal. Tapi, semua itu adalah untuk mendidik kita menjadi manusia berguna.
Namun, zaman sekarang berbeza. Guru sudah tidak punyai kuasa mendidik sepertimana yang kita terima dahulu. Hukuman-hukuman am yang biasa dijalankan sudah menjadi "Haram" pada masa kini. Mengapa ini terjadi? Mengapa pelajar masakini tidak boleh dijentik diusik langsung oleh para guru? Jadinya, makin besar kepala la masing-masing.
Lebih parah, ibu bapa sendiri asyik memenangkan anak mereka. Percaya apa yang diperkatakan oleh anak mereka. sedangkan hakikatnya anak-anak mereka yang nakal di sekolah. Cikgu-cikgu tiada masa nak menghukum pelajar yang tidak bersalah. Malahan hukuman yang dibuat adalah untuk mendidik bukan mencederakan. Kalau sedikit berbirat tu biasa je sebenarnya.
Pelajar atau anak remaja masakini terlalu lembik kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapa. Segala kemahuan mereka diturutkan dan tanpa mereka sedar, anak-anak ini dilatih menjadi "Tuan" yang perlu ditunaikan semua permintaan mereka.
Justeru, suasana ini perlu dibendung agak kita tidak terus melahirkan generasi yang lemah dan tidak berdaya saing. Jangan terlalu Memanjakan anak-anak anda kerana apabila mereka dewasa kelak, mungkin anda akan menyesal dengan tindakan anda.
Fikir-fikirkanlah.


