Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › ANiMaSi v
1 2 3 Next »

Pengalaman Saya terjebak dengan Anime Jepun

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pengalaman Saya terjebak dengan Anime Jepun
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-10-2020, 10:17 PM (This post was last modified: 10-10-2020, 10:24 PM by Mr.Pingu.)

Tentu ramai diantara anda semua yang suka menonton anime daripada Jepun saya juga begitu.

Antara anime pertama yang saya tonton ialah Dragon Ball. Ketika itu saya masih berada di sekolah rendah. Dragon Ball menyebabkan saya sering ponteng kelas tambahan ataupun sekolah agama.

Kemudian ketika saya memasuki universiti, saya berkenalan dengan anime yang bertajuk Naruto. Ketika itu ramai diantara kawan saya yang menonton Naruto. Selepas melayan beberapa episod Naruto, saya mendapati anime ini merupakan satu anime yang sangat menarik. Justeru, saya pun mendownload anime tersebut.

Pada masa yang sama, ada satu anime yang juga cukup popular iaitu One Piece. Namun begitu, disebabkan saya seorang yang rajin belajar, saya hanya fokus kepada satu anime sahaja untuk saya ikuti.

Selepas tamat ijazah, saya telah menyambung pengajian saya peringkat sarjana. Ketika pengajian Sarjana, saya mula menonton anime keduan iaitu Bleach. Saya mendapati bahawa Bleach merupakan anime yang cukup menarik. Namun, semakin lama saya menonton anime bleach, pendapat bahawa jalan cerita anime ini semakin mengarut. Kemudian, saya telah berhenti mengikuti anime tersebut.

Saya teringat tentang anime One Piece yang juga lebih dikenali sebagai budak getah yang mana ia merupakan terjemahan anime one Piece ke bahasa Melayu. Setelah saya mula tonton One Piece, saya mendapati bahawa anime ini merupakan anime terbaik pernah saya tonton. Timbul pula rasa menyesal kerana saya tidak menonton rancangan ini bermula sejak ijazah di mana ketika itu, rakan-rakan saya telah menonton dan juga berbincang tentang jalan cerita anime tersebut.

Anime One Piece sebenarnya telah mula terbitkan pada tahun 1997, itu dah lebih daripada 23 tahun. Sehingga kini, ini masih belum tamat dan jalan cerita anime ini masih kekal menarik dan sangat ditunggu-tunggu oleh peminat anime di seluruh dunia.

Saya berharap agar Saya sempat menonton anime ini sehingga tamat. One Piece merupakan anime terbaik mana memberi banyak pengajaran berguna kepada penonton. One Piece bukan sekadar hiburan tapi sarat dengan pengajaran berguna. Ia sesuai ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Far Re Shawn (Shawn the sheep)
Far Re Shawn (Shawn the sheep)
05-14-2013 1,489 Views 0 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 2,916 Views 1 Replies
Naruto Gaiden : The Seventh Hokage And The Scarlet Spring (1-11)
Naruto Gaiden : The Seventh Hokage And The Scarlet Spring (1-11)
03-20-2017 712 Views 0 Replies
RM10k daily ...
RM10k daily ...
08-29-2012 4,488 Views 5 Replies
Salam Dari Mr.PiNGU
Salam Dari Mr.PiNGU
08-04-2010 3,821 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 07:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend