10-11-2020, 05:28 PM
Hai semua saya rasa ramai yang menonton rancangan Naruto. Baiklah dalam banyak watak-watak dalam Naruto, watak manakah yang paling anda suka?
Ada banyak watak yang saya suka. Tetapi Bukanlah watak utamanya iaitu Naruto. Bukan juga watak Sasuke. Ataupun watak Sakura. Yang paling saya sukai ialah Jiraiya. Jiraiya merupakan salah satu daripada tiga ninja legendaris. Dua lagi watak ninja Legend dengan ialah Tsunade dan Orochimaru. Saya juga sangat menyukai watak Tsunade dan juga Orochimaru. Walaupun orochimaru adalah watak jahat, namun saya sangat menyukai watak Orochimaru yang sentiasa tenang dan juga mempunyai teknik ninja yang sangat unik dan hebat.
Berbalik kepada watak Jiraiya, saya menyukai watak Jiraiya merupakan Ninja yang sangat hebat, mempunyai teknik bertempur yang sangat unik dan menarik, dan juga seorang Ninja yang mempunyai jati diri yang tinggi. Beliau juga merupakan mahaguru kepada watak-watak yang hebat seperti hokage Keempat, iaitu Minato, hokage ke 7 iaitu Naruto, dan ahli terhebat Akatsuki iaitu Nagato, Yahiko dan Konan. Jiraiya merupakan Ninja yang bertanggungjawab untuk melatih Naruto menjadi seorang pahlawan yang sangat hebat. Jiraiya perlu diberi penghormatan.
Selain jiraiya, saya juga menyukai watak Kakashi yang merupakan guru kepada Naruto Sasuke dan juga sakura. Kakashi sentiasa memakai topeng dan tidak ada seorang pun yang tahu wajah sebenar Kakashi. Hanyalah dalam satu episod filler dalam movie Naruto barulah wajah sebenar Kakashi telah ditunjukkan.
Ada banyak juga watak-watak lain yang menarik di dalam cerita Naruto tetapi saya hanya memfokuskan kepada watak-watak yang telah saya bincangkan sebentar tadi.
Cerita Naruto telah tamat tetapi sambungan cerita ini telah diadaptasi dalam anime Boruto, iaitu generasi baru yang merupakan anak-anak Naruto dan sahabat-sahabatnya. Naruto Sasuke Sakura juga masih muncul di dalam Anime Baruto. Boruto juga akan mempunyai jalan cerita yang menarik seperti Naruto.