Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 2 3 4 5 ... 7 Next »

Ulasan Konsert Pertama Gegar Vaganza 7: Noraniza Idris, Mus, Nomad curi perhatian

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Ulasan Konsert Pertama Gegar Vaganza 7: Noraniza Idris, Mus, Nomad curi perhatian
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-12-2020, 11:33 PM (This post was last modified: 10-17-2020, 02:22 PM by Mr.Pingu.)
Konsert minggu pertama Gegar Vaganza 7 telah melabuhkan tirainya. Kita dapat menikmati persembahan Bertenaga daripada 14 peserta untuk musim ini. Jumlah peserta pada musim ini adalah yang paling ramai yang pernah direkodkan.

Setelah menonton keseluruhan persembahan, saya berpendapat bahawa peserta pada musim ini mempunyai kualiti vokal yang sangat baik. Amat sukar untuk menjangka siapa yang akan Mara ke final. Ia bergantung kepada mutu persembahan setiap peserta pada setiap minggu. Setiap peserta akan diberikan tugasan berbeza setiap minggu dan mereka perlu melaksanakan tugasan tersebut dengan jayanya.

Antara peserta yang mencuri perhatian pada musim ini ialah Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris. Beliau adalah seorang penyanyi yang menjadi ikon Irama tradisional di Malaysia. Pada konsert minggu pertama, Noraniza Idris telah menyampaikan dua buah lagu secara medley dengan persembahan yang sangat bertenaga. Beliau satu-satunya penyanyi yang membawa penari yang cukup ramai untuk membantu persembahan beliau. Disebabkan mutu persembahan yang baik, Noraniza Idris telah dinobatkan sebagai juara untuk minggu pertama.

Selain Noraniza Idris, artis yang mencuri perhatian pada konsert pertama ialah Nomad. Walaupun hanya pernah keluar dengan satu single sekitar tahun 2013 berjudul Tetap Menantimu, single tersebut sangat berjaya dan sering keluar di radio di samping menjadi lagu tema 1 drama di televisyen. Ramai juga pemimpin Gegar Vaganza 7 yang mencari info tentang Nomad sehingga trafik yang masuk di dalam website Komuniti gempakz meningkat dengan sangat banyak. Untuk persembahan minggu pertama, Nomad menunjukkan penampilan berambut panjang seolah-olah melihat Anuar Zain di atas pentas.

Gegar Vaganza 7 juga turut dimeriahkan dengan kemunculan semua bekas juara Gegar Vaganza daripada musim pertama sehingga musim ke-6. Selain membuat persembahan yang cukup bertenaga sebagai persembahan pembukaan, bekas juara Gegar Vaganza juga diberi peluang untuk bergilir-gilir menjadi juri jemputan untuk minggu pertama. Secara keseluruhan, bekas juara Gegar Vaganza banyak berkongsi info dan tips kepada para peserta musim terbaru tentang persediaan dan persembahan di atas pentas yang sepatutnya mereka lakukan.

Saya juga tertarik dengan persembahan daripada Mus yang walaupun telah berusia 50-an, beliau masih mempunyai vokal sangat mantap dan bertenaga sehingga beliau dinobatkan sebagai naib juara pada minggu pertama. Mus juga seperti Noraniza Idris telah mempersembahkan dua lagu secara medley dalam persembahan beliau pada minggu pertama. Mus terkenal sebagai seorang penyanyi rock yang cukup popular dan tahun 80-an dan mutu nyanyian beliau adalah sangat baik sehingga kini. Saya teringin untuk melihat bagaimana Mus membuat persembahan nyanyian untuk gebre yang berbeza selain genre rock yang telah menjadi makanan beliau sehingga kini.

Gegar Vaganza 7 juga dimeriahkan dengan kehadiran artis sangat veteran iaitu Yantzen yang sudah popular sejak tahun 80-an. Yantzen dikenali sebagai artis yang cukup berbakat. Jika dilihat pada persembahan minggu pertama, vokal beliau masih lagi mantap. Yantzen pada masa dahulu sangat popular dengan lagu yang berjudul insan. Beliau sendiri mengakui bahawa insan merupakan antara lagu beliau yang cukup berjaya sehingga mampu bertahan di dalam carta lagu lebih dari setahun.

Gegar Vaganza 7 juga menyaksikan penyertaan Ayu Damit yang merupakan bekas juara one in million musim kedua sebagai peserta. Beliau telah membawakan lagu berhantu beliau yang bertajuk Hanya Di Mercu cukup baik dan beliau telah mendapat kedudukan kelima dalam konsert minggu pertama.

Gegar Vaganza 7 juga disertai oleh seorang anak saudara Allahyarham Adnan Abu Hassan yang dikenali sebagai Ashira. Ashira juga menunjukkan kemampuan beliau untuk menyanyi dengan cukup baik terutamanya pada nada rendah. Nama Ashira menjadi sebutan selepas muncul berita bahawa beliau telah dihalau keluar daripada rumah sewanya sebaik sahaja menerima tawaran menyertai Gegar Vaganza 7. Hal ini kerana beliau telah mempunyai sewa tertunggak yang cukup lama kerana tidak mampu membayar sewa rumah tersebut akibat kekurangan sumber dalam masa PKP.

Gegar Vaganza 7 juga menyaksikan Haslinda penyanyi lama yang cukup terkenal dengan lagu sountrack cerita Cinderella menyampaikan lagu berhantu beliau dengan cukup Bertenaga sekali. Haslinda masih boleh menyanyi dengan baik dan mungkin menjadi salah seorang peserta yang akan memberi saingan sepanjang program berlangsung.

Satu lagi peserta yang mencuri perhatian ialah kumpulan Eva yang disertai oleh 4 orang penyanyi. Eva pernah muncul sekitar tahun 1996 dengan membawakan tema dangdut berkumpulan. Kumpulan Eva telah dicatatkan dalam Malaysian book of records sebagai kumpulan pertama wanita membawakan genre dangdut. Persembahan kumpulan eva cukup menghiburkan sehingga kumpulan ini diletakkan pada ranking keempat pada konsert minggu pertama.

Penyanyi yang bersuara merdu bernama rozita Izlyn juga menyertai gegarvaganza pada musim ini. Namun untuk konsert minggu pertama, Rozita Izlyn telah diletakkan pada kedudukan Terakhir. Persembahan beliau juga cukup mantap mungkin bukan rezeki beliau tetapi beliau terselamat kerana tiada penyingkiran peserta dibuat pada minggu pertama.

Kumpulan innuendo juga menyertai Gegar Vaganza 7 di mana mereka membuat persembahan hanya 3 orang kerana seorang lagi peserta gagal mendapat kebenaran untuk bercuti. Salah seorang peserta ini merupakan suami kepada bekas naib juara Gegar Vaganza Musim ke-5 iaitu Liza Hanim. Semoga kumpulan innuendo boleh memberikan saingan yang baik kepada semua peserta pada musim kali ini kerana menurut pendengaran saya, vokal kumpulan innuendo masih mantap.

Bekas vokalis Projek Pistol juga menyertai Gegar Vaganza 7 dengan membawa lagu popular bilang gadis seluruh dunia. Kumpulan ini cukup berjaya dengan single tersebut sehingga mampu membawakan persembahan lagu tersebut di negara Korea. Ketua juri dan merupakan juri tetap Gegar Vaganza 7 Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan beliau adalah Matang dan cukup baik sehingga beliau ditempatkan pada ranking ketiga pada konsert minggu pertama.

Ada banyak lagi peserta yang bertanding yang tidak sempat saya ulang Dan Harapan saya Saya akan dapat mengulas peserta-peserta lain pada minggu minggu akan datang.







ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
SERAM : DURJA NINGSUNG [KHAMIS, 9.30pm @ TV3]
SERAM : DURJA NINGSUNG [KHAMIS, 9.30pm @ TV3]
08-17-2010 2,077 Views 0 Replies
Rancangan TV: Duyong
Rancangan TV: Duyong
08-06-2010 2,427 Views 0 Replies
FILEM yang Korang baru jer tengok..(Jom Komen)
FILEM yang Korang baru jer tengok..(Jom Komen)
03-02-2011 90,709 Views 92 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 8,994 Views 3 Replies
Maksud Facebook secara Islamik
Maksud Facebook secara Islamik
02-15-2012 3,088 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ranking Minggu-9 dan Lagu Tugasan Separuh Akhir Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 5,010 11-13-2022, 11:59 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Kedudukan Minggu 8, Lagu Minggu 9 Konsert Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 2,796 11-06-2022, 11:39 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Minggu-6 Gegar Vaganza 9 dan Lagu Tugasan Konsert Minggu-7 GV9 Mr.Pingu 0 2,872 10-30-2022, 11:44 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Minggu 5 Gegar Vaganza 9: Jaclyn Victor & Aina Menyerlah Mr.Pingu 0 2,474 10-17-2022, 09:27 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking dan Markah Peserta Minggu-4 Gegar Vaganza 9 2022 Mr.Pingu 0 2,392 10-10-2022, 01:52 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Minggu ke-4 dan Senarai Lagu Minggu-5 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 2,213 10-09-2022, 11:36 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Komen Juri Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9 2022 Mr.Pingu 0 1,271 10-03-2022, 10:57 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Markah Peserta Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 1,273 10-03-2022, 01:47 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 1,174 10-02-2022, 11:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Persembahan Mus Mantap di pentas Gegar Vaganza 7 Mr.Pingu 1 1,580 09-27-2022, 09:15 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Markah Penuh Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 9 (GV9) Mr.Pingu 0 1,501 09-26-2022, 09:15 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 1,257 09-26-2022, 12:12 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Komen Konsert Gegar Vaganza 9 Minggu ke-2 Mr.Pingu 0 1,085 09-25-2022, 11:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking dan Markah Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 9 2022 Mr.Pingu 0 1,337 09-19-2022, 09:50 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Gegar Vaganza 9 Minggu ke-2 Mr.Pingu 0 1,163 09-19-2022, 12:17 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Gegar Vaganza 9 Konsert Minggu Pertama (Komen Peribadi) Mr.Pingu 0 1,141 09-18-2022, 11:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Markah Penuh Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 8 GV8 Mr.Pingu 0 1,175 01-10-2022, 12:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sekilas Gegar Vaganza 8 Mr.Pingu 0 1,041 01-06-2022, 12:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Akhirnya Nikki Palikat Ungguli Carta Gegar VAGANZA 8 Mr.Pingu 0 1,196 12-06-2021, 01:41 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Gegar Vaganza 8 Minggu kedua: Aliff Aziz Kekal Teratas Mr.Pingu 0 1,103 11-29-2021, 02:38 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 09:32 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend