Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 05:08 PM
saya rasa pernah keluar di TV (999) agaknya berhubung keluhan seorang bapa dan ibu mengenai anak mereka yang dilarikan ke negara Jiran. apa nak jadi? apa sebenarnya yang berlaku. disini pingu akan ulas sedikit berhubung gadis bernama Fadilah yang dikatakan dilarikan seorang warga Indonesia.



NOOR FADILAH dan Nasrudin.

KUALA LUMPUR - Atas alasan takut telanjur, Nasrudin Dahrom akhirnya bernikah dengan Noor Fadilah Ahmad melalui bantuan seorang 'ustaz' di Lombok, Indonesia dua hari lalu. Pernikahan Nasrudin, 24, dan Fadilah, 18, tetap diadakan walaupun tidak mendapat kelulusan kementerian agama di republik berkenaan yang sebelum ini menetapkan supaya Fadilah perlu mendapat keizinan walinya di Malaysia terlebih dahulu sebelum dinikahkan. Bagaimanapun, menurut Nasrudin, beliau terpaksa membuat keputusan segera untuk berkahwin secara 'gelap' kerana tidak mahu melakukan perbuatan yang dilarang agama sedangkan kedua-dua mereka saling menyukai sesama sendiri.

"Saya tidak mahu melakukan dosa dan seterusnya terlanjur, saya menghormati Fadilah dan juga keluarganya walaupun tidak mendapat keizinan daripada jabatan agama.

"Lagi pun ada pihak tidak mahu kami terus begini dan harus dinikahkan segera dan kini kami berdua rasa sangat gembira," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Fadilah yang sebelum ini didakwa telah dilarikan oleh Nasrudin mendapat perhatian akhbar ini pada 24 September lalu melaporkan keluhan ayahnya, Ahmad Abdul Hamid, 46, setelah mendapat tahu anaknya sudah dilarikan oleh pemuda tersebut. Beliau yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak nekad mengikut Nasrudin pada 3 September lalu ketika bekerja sebagai operator di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor.

Bagaimanapun Fadilah yang sebelum ini ingin kembali semula ke Malaysia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa atau tertekan seperti yang dilaporkan sebelum ini. Namun perbuatannya itu boleh dianggap derhaka oleh beberapa tokoh agama sekiranya perkahwinan mereka tidak direstui keluarga. Dalam pada itu, Nasrudin memberitahu, mereka masih belum memaklumkan perkahwinan tersebut kepada kedua orang tua Fadilah mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun usaha Kosmo! untuk bercakap dengan Fadilah sendiri tidak berjaya kerana Nasrudin memberitahu beliau sedang menunaikan solat dan percubaan seterusnya gagal kerana telefon bimbit dibawa oleh abang Nasrudin ke rumah mentuanya. Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi di Perak melahirkan rasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Nasrudin dan beliau dengan tegas tetap tidak merestui perkahwinan mereka.

"Macam mana pun pak cik tetap tak setuju depa kahwin, pak cik harap anak pak cik dapat dibawa balik ke sini dengan segera," katanya.

sumber: cosmo
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
08-11-2010 1,173 Views 0 Replies
Isu surat sokongan Selangor
Isu surat sokongan Selangor
08-21-2010 1,635 Views 0 Replies
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
08-08-2010 1,537 Views 0 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,143 Views 1 Replies
Rekabentuk jam pelik...
Rekabentuk jam pelik...
04-17-2012 2,046 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:58 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend