Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › ReSePi v
« Previous 1 2 3 4 5

Saung Sunda Sawargi

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Saung Sunda Sawargi
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
Tongue  04-28-2011, 12:39 PM (This post was last modified: 04-10-2012, 09:48 PM by Mr.Pingu.)

Hi!
Sebagai seorang yang suka jalan-jalan cari makan, Mr.PinGu memang gemar mencuba pelbagai jenis makanan dan resepi baru dari pelbagai kedai. Hari ini Pingu nak bercerita tentang satu Restoran yang cukup unik dan special. Restoran ini dipanggil "Saung Sunda Sawargi" kitorang panggil Restoran Jawa. Lokasi Restoran ini terletak di taman impian emas tidak jauh dengan skudai parade.

Apa yang menarik tentang restoran ini ialah tentang menu dia sendiri. Kalau baca Menu saya percaya ramai yang tidak akan faham menu tersebut kerana namanya cukup asing dan menggunakan bahasa "Jawa" Indonesia. Anda mungkin terpaksa mendapatkan khidmat pengambil order untuk mengetahui kandungan setiap menu yang ditulis dalam buku. Saya juga begitu. Bayangkan nak ambil order sahaja telah mengambil begitu lama.. Hehe..

Baiklah! Mr.PinGu nak ceritakan dua menu ini yang mana gambarnya sempat Mr.PinGu snap. Menu pertama dinamakan "Saung Sunda Sawargi". Saya tertarik untuk mencuba menu ini kerana namanya sama dengan nama kedai tersebut. Kemungkinan ia adalah satu menu paling special disini (saya berharap). Dibawah ini ditunjukkan menu tersebut:


Ok. Kalau anda lihat pada gambar tersebut, ada potongan-potongan kecil berwarna hijau dan oren. Baiklah kalau anda nak tahu yang warna Oren itu merupakan isi nangka manakala hijau itu saya tidak tahu Huh Akan tetapi rasanya enak just saya tidak tahu apakah benda tersebut. Mungkin next time saya akan tanya. Baiklah isi nangka dan isi berwarna hijau muda itu di campurkan kedalam air kelapa muda. Isi kelapa muda juga diletakkan di bahagian bawah. Kalau korang nak tau, rasanya cukup-cukup enak! Sangat unik dan begitu special. Ada kesempatan saya berkunjung ke sana, saya akan order lagi. Bukan menu ini sahaja, menu-menu yang lain yang diorder oleh rakan-rakan saya juga ada keistimewaannya tersendiri, contohnya "Er Soup Buah" Saya pernah order masa pertama kali berkunjung ke sana tapi saya tak sempat nak upload gambar disini. maybe next time. Rasanya cukup enak dengan campuran buah-buahan seperti epal, anggur, kiwi dan sebagainya.

Menu kedua yang saya nak cerita ialah Sate! Sepertimana ditunjukkan dalam gambar dibawah:


Sate ni memang enak. kalau nak makan kene nyonyot dulu. Hahaa... Harganya mahal gak. sepinggan tak silap RM 8.. huhu.. ada beberapa cucuk sahaja. Tapi ok la kalau nak mencuba keenakannya. Kalau korang singah skudai bolehlah singgah di warung ini. Bukan sahaja menu, Design kedai ini pun cantik dan menenangkan. Anda boleh pilih sama ada ingin duduk di kerusi ataupun duduk bersila di atas tempat khas. Anda juga akan disajikan dengan muzik jawa yang menenangkan! tak rugi pegi ^_^
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Variasi lauk-lauk Belanga
Variasi lauk-lauk Belanga
09-07-2010 2,322 Views 0 Replies
Menu masakan ikan enak - kembung & caru masak sambal
Menu masakan ikan enak - kembung & caru masak sambal
07-17-2012 3,281 Views 0 Replies
Nasik Putih ayam Blackpepper Restoran Tengku Impian Skudai
Nasik Putih ayam Blackpepper Restoran Tengku Impian Skudai
04-25-2011 3,759 Views 2 Replies
JB ^^,
JB ^^,
05-28-2011 3,530 Views 5 Replies
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
05-01-2012 7,000 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 10:15 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend