Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Aksi drift elak dicekup

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Aksi drift elak dicekup
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-04-2010, 01:59 AM
mfaizul@bharian.com.my
2010/08/03


PENGUAT KUASA JAWI mengambil keterangan seorang wanita (kanan) yang ditahan kerana berkelakuan kurang sopan bersama teman lelakinya di Jambatan Seri Gemilang berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pasangan kekasih beraksi panas pecut kereta takut ditahan penguat kuasa JAWI

PUTRAJAYA: Sepasang kekasih yang terdesak mahu mengelak dicekup pihak berkuasa kerana melakukan pelbagai aksi memberahikan dalam kereta, menggunakan helah ‘takut disamun’ sebagai alasan melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu. Lelaki berusia 25 tahun itu dan teman wanitanya, 23, itu bagaimanapun gagal meloloskan diri apabila dipintas kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) walaupun cuba memandu ala aksi ‘drift’ seperti adegan filem, termasuk memasuki arah bertentangan di laluan sehala di Persiaran Perdana, Presint 4. Sumber berkata, pasangan yang ditahan kira-kira jam 1 pagi Sabtu lalu itu memberi pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkelakuan sumbang atau melakukan aksi ‘panas’ dalam kereta diletakkan di Jambatan Seri Gemilang berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Malah, pada mulanya lelaki terbabit mendakwa dia dan teman wanitanya melarikan diri kerana terlalu panik dan menyangka kenderaan pelbagai guna (MPV) penguat kuasa JAWI Putrajaya yang menghampiri kereta mereka adalah milik ‘penyamun’.

Teman wanitanya, yang dipercayai bekerja di sebuah agensi kerajaan, berpura-pura menangis dan mendakwa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan sumbang kerana dia masih berpakaian lengkap.

“Bagaimanapun, tembelang pasangan terbabit pecah apabila lelaki berkenaan mengaku mereka sebenarnya bertindak nekad memecut keretanya kerana takut ditahan anggota penguat kuasa JAWI.
“Lelaki itu turut mengakui bahawa dia ada melakukan pelbagai aksi ‘panas’ termasuk memeluk dan mencium pipi kekasihnya, sebelum menyedari kehadiran MPV milik JAWI di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, sumber berkata, pihaknya mengeluarkan surat saman bagi mengarahkan pasangan itu hadir di pejabat JAWI Putrajaya untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 29 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Katanya, mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana mengingkari arahan dan memberi keterangan palsu kepada anggota penguat kuasa JAWI.

Beliau berkata, mereka antara lima pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 30 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena cuti hari minggu, membabitkan kira-kira 10 pegawai penguat kuasa JAWI cawangan Putrajaya.

“Operasi yang bermula jam 11 malam hingga 3 pagi Sabtu lalu, adalah antara usaha berterusan JAWI bagi membersihkan persekitaran Putrajaya terutama di kawasan Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Jabatan Seri Gemilang dan Stesen Putrajaya Sentral, daripada menjadi kancah gejala maksiat, termasuk pasangan berpelukan, bercumbu atau berkhalwat,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
08-08-2010 1,537 Views 0 Replies
Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan
Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan
08-08-2010 1,306 Views 0 Replies
Timur: Letak kereta tengah jalan
Timur: Letak kereta tengah jalan
08-22-2010 1,096 Views 0 Replies
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
07-01-2012 1,306 Views 0 Replies
newbie kat sini
newbie kat sini
04-04-2012 1,494 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Padah elak dicekup khalwat Mr.Pingu 10 10,013 05-11-2011, 03:10 PM
Last Post: nad_dd257

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 05:22 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend