Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Faizal disuntik elak pancit

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Faizal disuntik elak pancit
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-10-2010, 11:01 PM
Faizal disuntik elak pancit Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
2010/08/10

SELEPAS bergelar Naib Juara One In A Million (OIAM) musim pertama, satu demi satu kejayaan dilakar penyanyi Faizal Tahir. Malah, namanya mula menjadi sebutan peminat selepas melakar kejayaan dalam anugerah berprestij, Anugerah Planet Muzik 2008 (APM2008) dan Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15). Faizal terus menempa kecemerlangan dengan mengungguli tiga kategori, Persembahan Terbaik (Sampai Syurga), Vokal Terbaik (Sampai Syurga) dan Juara Kategori Balada (Sampai Syurga) pada Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23), tahun lalu. Sekalipun kesihatannya kurang mengizinkan, Faizal terus mencetuskan fenomena dengan mendapat tempat ketiga dengan lagu Bencinta pada AJL 24 dan dua kategori dalam AIM 17 iaitu Album Rock Terbaik dan Album Terbaik (Adrenalin) pada tahun ini. Justeru, pada malam rakaman program muzikal Fenomena Raya yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, malam Ahad lalu menyaksikan Faizal terus mencipta fenomena dengan menampilkan persembahan mantap, lincah dan bertenaga sekalipun kesihatannya kurang mengizinkan.
Malah, lebih 800 peminat terutama wanita membanjiri Plaza Alam Sentral untuk menyaksikan penghibur kesayangan mereka dari dekat. Secara peribadi, Faizal mengakui dia sudah berusaha menampilkan yang terbaik dalam keadaan kesihatannya yang kurang sihat itu. “Kalau boleh saya ingin rakaman ini ditangguhkan kerana keadaan kesihatan saya. Namun, memikirkan minggu depan sudah Ramadan, saya tetap teruskan rakaman ini. “Saya juga mengambil suntikan bagi memastikan persembahan pada malam ini berjalan lancar. Kerana kurang sihatlah, saya juga ‘pancit’ ketika buat persembahan lagu terbaru Hanyut dan terpaksa buat sekali lagi pada malam ini.

“Kalau orang tanya saya puas hati atau tidak, saya tidak pernah puas kerana setiap kali buat persembahan saya pastikan yang terbaik. Saya juga percaya boleh buat yang lebih baik lagi dalam setiap persembahan.
“Kalau nak tanya persembahan saya terbaik atau tidak, anda kena tanya penerbit kerana mereka yang ada jawapannya,” katanya.
Faizal juga tidak bersendirian kerana turut mengundang rakan artis untuk sama-sama menyemarakkan persembahan pada malam itu iaitu Azlan The Typewriter, Adibah Noor dan komposer M Nasir. Faizal yang juga duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin berkata, dia juga akan ke Lebanon minggu depan bersama rancangan khas Bersamamu TV3 sempena Ramadan.

“Saya dan rombongan Bersamamu akan ke sana untuk membantu misi bantuan ke sana, termasuk melawat ke rumah anak-anak yatim di bumi Palestin,” katanya. Mengenai pemilihan artis undangannya pada malam itu, akui Faizal, ramai artis yang disenaraikan dan tiga artis berkenaan yang ada kelapangan untuk menjayakan persembahannya pada malam itu.

“Saya pernah menjayakan persembahan dengan Azlan tahun lalu dan saya ingin bekerjasama dengannya sekali lagi kerana konsep kali ini ada kelainan. Saya juga sudah lama ingin berkongsi pentas dengan M Nasir dan baru kali ini kesampaian. Begitu juga dengan Adibah Nor.
Sementara penerbit dan pengarah Primeworks Studios yang juga pengarah program ini, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) berkata, rakaman itu berjudul Fenomena Faizal kerana Faizal adalah artis yang mencetuskan fenomena di persada seni tanah air.

“Faizal mencetuskan fenomena bila melakar kejayaan di AJL dan AIM. Saya masih ingat lagi, ketika Faizal melancarkan album terbarunya Adrenalin di Hard Rock Cafe Pulau Pinang, saya melihat rata-rata peminatnya sudah menghafal semua lagu dari albumnya sedangkan ia baru keluar sebulan di pasaran. Pada pemerhatian saya, memang susah hendak mencari artis seperti Faizal di persada seni tanah air,” katanya. Gbam berkata, persembahan Faizal juga berkonsepkan ‘standing crowd’ untuk menampilkan kelainan dalam rakaman raya berkenaan.

“Selalunya, rakaman raya nampak statik dan sebab itu kami memilih konsep ala konsert dengan penekanan penggunaan kesan khas dari sistem lampu dan LED secara kreatif ini. Ia satu alternatif supaya penonton tidak bosan,” katanya. Beralih mengenai persembahan pada malam itu, rakaman yang bermula kira-kira jam 8.50 malam itu ia dimulakan dengan persembahan solo Azlan dengan lagu Kelibat Si Penyair dan Gerak Hati. Faizal muncul di pentas dengan menyampaikan lagu Adrenalin secara duet dengan Azlan disusuli sorakan peminatnya bersama pemuzik iringan. Persembahan Faizal dimantapkan dengan barisan kumpulan muziknya sendiri iaitu Royal FT Force yang dianggotai, Rizal (gitar), AG (gitar), Fly (bass), Jenk (drum) dan Genervie Kam (keyboard). Gandingan mereka memang menjadi, sebab itu Faizal sendiri pernah merancang untuk berduet lagu itu dengan Azlan tapi tidak kesampaian kerana Azlan dimasukkan ke hospital kerana masalah tiroid. Faizal meneruskan persembahan dengan lagu popularnya yang mara ke AJL dan disampaikan secara medley iaitu Sampai Syurga, Cuba, Mahakarya Cinta dan Bencinta. Adibah yang tampil dengan baju raya menghiburkan penonton dengan lagu Sejujur Hatimu dan Terlalu Istimewa seterusnya berduet dengan Faizal lagu Selamat Malam.

Pada persembahan seterusnya, Faizal membuat persembahan secara solo lagu dari album barunya, Hanyut. Persembahan diteruskan dengan juara tiga kali AJL, M Nasir secara solo lagu Sang Pencinta dan seterusnya berduet dengan Faizal lagu Kias Fansuri.

Faizal membuat persembahan secara solo lagu rancak dari album barunya berjudul Superhero dan sebuah lagu cover Bryan Adams, Have You Ever Really Love A Woman dengan set akustik. Rakaman Fenomena Faizal diakhiri dengan persembahan secara beramai-ramai membabitkan Faizal, Azlan, Adibah dan M Nasir dengan lagu Selamat Hari Raya yang pernah dipopularkan Datuk Ahmad Jais.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
08-07-2010 1,828 Views 0 Replies
Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
08-23-2010 2,043 Views 0 Replies
Awas! Lelaki gila seks tunjuk Kemaluan!
Awas! Lelaki gila seks tunjuk Kemaluan!
09-29-2010 10,640 Views 0 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 16,305 Views 22 Replies
malas sangat3..
malas sangat3..
05-07-2011 16,039 Views 29 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Shocked Bibir KhilaFairy Disuntik Untuk Cantik? Mr.Pingu 0 2,105 10-08-2011, 07:17 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 10:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend