08-10-2010, 11:33 PM
bhsukan@bharian.com.my
2010/08/10

2010/08/10
PEMAIN Kelantan bersiap sedia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, untuk menunaikan umrah, di Makkah, semalam. KELANTAN tidak gentar berjuang dalam Kumpulan A saingan Piala Malaysia musim ini, walaupun terperangkap bersama juara tahun lalu, Negeri Sembilan.
Penolong jurulatihnya, Hashim Mustapha, menegaskan Negeri Sembilan bukan halangan besar buat pasukan bergelar The Red Warriors ekoran sudah acap kali bertemu, walaupun rekod perlawanan akhir musim lalu memihak kepada skuad Hoben Jang Hoben itu. Katanya, keutamaan awal musim ini ialah memastikan Kelantan melangkah ke suku akhir seperti diimpikan Ketua Jurulatih, B Sathiananthan, sebelum mula mencongak langkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia. "Red Warriors tidak mahu lagi sentiasa menjadi naib juara. Kami bertekad untuk memastikan Piala Malaysia dibawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang musim ini.
"Impian itu bukan suatu yang mustahil kerana ada pasukan dalam Kumpulan A pernah kita bertemu serta tahu corak permainannya.
“Semua pemain Kelantan ketika ini bebas dari kecederaan dan kad kuning dan mereka akan memberi persembahan yang lebih hebat musim ini.
"Tahun lalu kita sudah menunjukkan kesungguhan untuk membawa pulang Piala Malaysia dan tahun ini kita pertingkatkan lagi usaha itu, tambahan lagi dengan disokong kuat peminat," katanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, sebelum menyertai pasukan berlepas menunaikan umrah selama 10 hari di Makkah. Turut hadir Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.
Pakej mengerjakan ibadah umrah itu adalah hadiah kerajaan negeri, ekoran kejayaan pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu. Seramai 49 ahli rombongan merangkumi 29 pemain serta pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) termasuk Presiden, Tan Sri Annuar Musa, akan mengerjakan umrah dan dijadualkan pulang pada 18 Ogos nanti.