NC UM: Langkah saya nak pastikan UM saing di peringkat antarabangsa
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
August 19, 2011
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
August 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Tan Sri Dr Ghauth Jasmon hari ini menegaskan segala perubahan prosedur yang dilakukan dalam pentadbiran adalah untuk memastikan pusat pengajian tinggi itu mampu bersaing dengan universiti-universiti antarabangsa.
Dalam sidang media menjawab segala persoalan mengenai dakwaan ramai staf akademik telah meletakkan jawatan, Jasmon berkata angka sebenar yang telah meninggal UM sejak 1 Januari 2009 hingga sekarang adalah 123 orang - dengan 76 meletakkan jawatan.
“Berhubung dengan pelan transformasi (pentadbiran) kami sentiasa berusaha kuat untuk memastikan kecemerlangan Universiti Malaya terutamanya dari segi penyelidikan impak tinggi yang kita kita akan terus akan menghasilkan penemuan dan penyelidikan baru.
“Saya telah dikatakan mengakui kegilaan dalam meletakkan 100 universiti terbaik di dunia, dalam hal ini, saya ingin mengatakan tanggungjawab saya sebagai Naib Canselor adalah untuk meningkatkan Universiti Malaya di persada antarabangsa dan bukan pada tahap dalam negara sahaja,” katanya.
Muka hadapan Utusan Malaysia semalam mengatakan UM mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan seramai 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Jasmon.
Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.
Akhbar itu juga mendakwa Jasmon turut memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat dengan memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam Bahasa Malaysia.
Jasmon dilantik menjadi Naib Canselor pada 2008 untuk menggantikan Tan Sri Dr. Rafiah Salim.
MENYUSUL LAGI