Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 8 Next »

Hadiah 30 Tahun Search buat peminat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Hadiah 30 Tahun Search buat peminat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-18-2011, 11:16 PM
Salam..

Sapa tak kenal dengan kumpulan search yang telah bertapak di dalam industri hampir 30 tahun! Ia bukan satu jangka masa yang sekejap dan sumbangan kumpulan ini sangat besar sekali dan dianggap salah satu lagenda muzik tanahair. Lagu-lagunya juga popular dan sering berkumandang sehingga ke hari ini. Sapa tak tahu lagu Isabela, Fantasia Bulan Madu, Kejoraku Bersatu dan Banyak lagi..

Now sempena meraikan 30 Tahun tertubuhnya kumpulan search, peminat akan dihadiahkan buah tangan yang cukup bermakna. Ikuti berita selanjutnay dibawah:

Quote:hmetro

SEARCH bukan satu nama yang kecil. Mereka bukan saja dikenali di Malaysia, malah di seluruh Nusantara. Bercakap mengenai album Search, Fenomena menjadi antara album terbaik Search sepanjang karier mereka.

Album keempat terbitan 1989 itu berjaya mencetuskan ‘fenomena’ bukan saja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Ketika itu, album yang sinonim dengan lagu Isabella itu dijual melebihi 250,000 unit di Malaysia saja dan lebih 600,000 unit di Indonesia sehingga lahirnya filem Isabella lakonan Search sendiri. Itu belum lagi jualan susulan hingga ke hari ini.

Tidak hairanlah, Search kembali menggunakan nama ini untuk siri konsert terbaru mereka bergelar Konsert Fenomena 30 Tahun Search. Ia bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November ini, Stadium Yunos, Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan berakhir di Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Konsert anjuran Oracle Accord ini mengenakan harga RM59 untuk konsert di Pulau Pinang dan Johor Bahru manakala harga tiket di Kuala Lumpur pula RM69. Ditemui pada sidang media, baru-baru ini, Amy, Yazit (pemain dram) dan Nasir (bass) berkata, Fenomena sudah sinonim dengan kewujudan Search. Justeru, selepas memikirkannya, mereka tidak teragak-agak menggunakan nama itu kembali untuk konsert siri terbaru.

“Matlamat penganjuran konsert ini bagi meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan Search. Ia bagi menghargai sokongan peminat setia kami. Pelbagai perasaan timbul antaranya gembira dan terharu sebab kami berjaya berada sampai ke usia sekarang.

“Konsert ini ini juga istimewa untuk golongan peminat generasi baru kerana muzik kami untuk semua zaman. Mungkin ini satu lagi konsert yang berjaya mengumpulkan kami semua anggota Search. Kita sendiri tidak akan tahu apa akan terjadi pada masa depan,” ujar Amy.

Pelbagai acara menarik diadakan sebagai pengisian konsert terbesar mereka kali ini. Penganjur mewujudkan suasana festival ala maraton muzik kerana penonton akan disajikan dengan kehangatan muzik rock selama tujuh jam dari beberapa kumpulan rock tempatan sebelum Search muncul.

Tidak ketinggalan pembeli tiket bertuah turut berpeluang memenangi hadiah hebat yang disediakan beberapa penaja. Mereka yang hadir bakal dihidangkan dengan produksi yang dijamin berkualiti di mana Oracle Accord mendapatkan khidmat jurutera bunyi terkemuka dari Singapura iaitu Yamaguchi yang pernah terbabit dengan konsert bertaraf antarabangsa.

“Tempoh dua jam untuk Search sangat bagus kerana kami dapat beraksi dengan banyak lagu. Kali ini saya akan menyanyi lagu secara penuh bukannya seperti dalam konsert sebelum ini yang dibuat secara medley.

“Kami memang mahu Yamaguchi dan pilih waktu dia benar-benar lapang untuk membantu konsert ini. Sejarah awal kami kenal dia ialah ketika beraksi dalam Rock ‘N Roll Band Stands di Bangkok pada 1988.

“Kehadirannya banyak mengubah banyak aspek dalam sistem bunyi persembahan Search. Peminat yang ingin mendapatkan tiket atau mengetahui maklumat lanjut konsert ini boleh mengunjungi facebook http://www.facebook.com/SEARCH30,” kata Amy.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Temu bual Hafiz (AF) bersama era
Temu bual Hafiz (AF) bersama era
11-09-2010 2,153 Views 0 Replies
Pertandingan mencipta lirik & Nyanyian anjuran Fruitale
Pertandingan mencipta lirik & Nyanyian anjuran Fruitale
04-10-2011 3,803 Views 1 Replies
Genius Matematik tolak hadiah USD 1 Juta?
Genius Matematik tolak hadiah USD 1 Juta?
08-06-2010 2,157 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
04-01-2012 2,875 Views 1 Replies
malas sangat3..
malas sangat3..
05-07-2011 15,461 Views 29 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 05:31 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend