Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 ... 40 Next »

Semua guru Tadika Kemas miliki diploma menjelang 2015: Shafie

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Semua guru Tadika Kemas miliki diploma menjelang 2015: Shafie
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-29-2011, 08:40 PM
Bagus juga at least makin berkualiti tahap pendidikan tahap awal ~

KOTA KINABALU: Semua guru Tadika Kemas di negara ini dijangka mendapat diploma dan bergred S27 menjelang tahun 2015.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata usaha ke arah itu sedang dilaksanakan termasuk melatih mereka dengan mengikuti kursus dalam cuti di institut perguruan di seluruh negara. Beliau berkata, setakat ini lebih 2,000 orang daripada lebih 9,000 guru tadika Kemas di seluruh negara sudah menamatkan pengajian mereka di peringkat diploma. Katanya, di Sabah, kumpulan pertama seramai 250 orang daripada 824 orang guru Tadika Kemas sudah memperolehi diploma.

"Program ini kita akan teruskan sehingga mereka semua memperolehi diploma seperti yang dirancang selaras dengan wawasan kita untuk memperkasakan lagi pendidikan prasekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Muis dekat sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shafie mahu semua pihak memainkan peranan untuk memperjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya pendidikan prasekolah, sekali gus memastikan transformasi pendidikan dapat dikecapi segenap rakyat terutama di luar bandar.

Katanya, kementeriannya juga amat prihatin akan keperluan prasarana yang lengkap terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Katanya, kementerian sudah mencatat kejayaan dalam pelaksanaan KPI dan NKRA dengan jumlah pembukaan kelas sebanyak 500 buah pada tahun 2010, menjadikan sebanyak 8,816 tadika dan 313 taska yang beroperasi di seluruh negara yang membabitkan seramai 200,417 kanak-kanak berumur antara dua hingga enam tahun.

"Pada tahun ini pula, sasaran bilangan kelas Tadika Kemas sebanyak 9,816 buah berjaya dicapai iaitu sehingga Julai 2011 sebanyak 9,816 kelas berjay dibuka dengan bilangan kanak-kanak seramai 215,834 orang dan dikendalikan oleh seramai 9,824 guru," katanya.

Sementara itu, Shafie mengingatkan warga Felcra supaya tidak terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan kerajaan.

"Cerita ini (hasutan) langsung tidak membantu kita, bukan bagi beli kelapa sawit, bukan bagi beli getah, bukan dia buat rumah untuk kita.

"Kadang-kadang dia cerita tentang kerajaan tidak bantu, dividen tidak cukup tetapi kita sedar dan tahu kerajaan bantu kita sedangkan yang tabur fitnah ini tidak membantu, jadi apa hal kita mahu dengar dia," katanya.

Semalam, Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd Rahman dipetik sebagai berkata bahawa pihaknya mengesan tindakan pihak tertentu yang menjalankan kegiatan menghasut peserta agensi tersebut terutamanya masyarakat Orang Asli supaya membenci kerajaan.

Kegiatan itu dikesan berikutan penemuan risalah memburuk-burukkan kerajaan serta agensi berkenaan di sekitar perkampungan Orang Asli di negeri ini.

Shafie berkata, pelbagai bantuan dan program dijalankan oleh Felcra secara berterusan bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan rakyat seharusnya tahu menilai dan menolak pembohongan yang dibuat pihak tertentu yang tidak akan memberikan manfaat.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Masalah Ar bertakung selesai
Masalah Ar bertakung selesai
08-22-2010 1,248 Views 0 Replies
bunuh 4 juta nyawa dalam sebulan sahaja!
bunuh 4 juta nyawa dalam sebulan sahaja!
08-08-2010 1,600 Views 0 Replies
Khairy: Support Perkasa and I leave
Khairy: Support Perkasa and I leave
09-06-2010 1,197 Views 0 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,203 Views 13 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,056 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 01:05 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend