Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › TaNi v
« Previous 1 2 3

Peraturan ASAS bina TAMAN

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Peraturan ASAS bina TAMAN
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 02:27 PM
TAMAN yang indah tampil dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai personaliti tersendiri. Menilai sebuah taman seperti menilai hasil seni tinggi. Bagi membantu mewujudkan taman impian, diberikan beberapa panduan asas:

Keluasan
Ia adalah asas penting bagi pembentukan sebuah taman. Warna dan tekstur akan datang dan pergi mengikut musim tetapi apabila menentukan keluasan dan mula membentuk taman, ia tidak mudah untuk diubah lagi. Sentiasa perhatikan ruang dan persekitaran kediaman serta kawasan taman berdekatan untuk dijadikan panduan. Sebuah taman herba sangat ideal bagi kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang mempunyai kawasan sangat luas.

Tekstur
Ia memberi bentuk dan kesan mendalam bagi sebuah taman. Tanaman berdaun yang bertekstur halus seperti paku-pakis atau ati-ati pastinya menggamit tetamu untuk mendekatinya. Bagi menghidupkan kombinasi di taman, tanaman berdaun runcing dan rumput hiasan adalah cara terbaik tetapi jika terlalu banyak pokok yang mempunyai tekstur sama, ia pasti membosankan.

Kesan bunyi
Kesan bunyi di taman antara elemen penting yang sering diabaikan. Jika ia dimasukkan dalam taman, hasilnya pasti memuaskan. Fikirkan apa yang lebih praktikal sama ada menanam tumbuhan renek merimbun atau membuat binaan air terjun sebagai terapi tetapi keselamatan jangan diabaikan.

Struktur
Ia bukan melambangkan binaan atau hiasan saja tetapi secara keseluruhan merangkumi laluan, dinding, pokok besar, atau elemen lain yang membentuk taman. Struktur ini menentukan keluasan taman dan bertindak sebagai penanda arah kawasan persekitaran .
Struktur boleh juga dikategorikan sebagai hiasan pengindahan taman seperti pergola, bangku dan patung. ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.

Warna
Faktor ini juga penting bagi mewujudkan sebuah taman yang tidak hambar. Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan. Fikirkan juga aspek warna pada daun, batang pokok, dan buah-buahan yang tidak bermusim selain warna pada hiasan taman.

Pencahayaan
Boleh dihasilkan secara semula jadi atau buatan. Perhatikan pergerakan cahaya matahari. Kedudukan tanaman, struktur dan lampu mempengaruhi pembentukan sebuah taman itu. Anda mungkin berasakan tidak perlu untuk menyediakan lampu taman, kerana jarang ke situ pada waktu malam tetapi sebenarnya jika mempunyai cahaya di situ ia pastinya menarik untuk mendapatkan ketenangan. Cuba praktikkan penggunaan sumber cahaya dengan sepenuhnya seperti lilin, unggun api, lampu taman, atau cahaya semula jadi seperti matahari dan bulan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pokok Tertinggi Di Dunia
Pokok Tertinggi Di Dunia
04-05-2020 1,250 Views 0 Replies
Buah Ciku
Buah Ciku
08-13-2010 4,989 Views 1 Replies
Kenali Buah Manggis, Permaisuri Buah Malaysia
Kenali Buah Manggis, Permaisuri Buah Malaysia
09-18-2019 1,501 Views 0 Replies
PTPTN - Bayarlah wahai peminjam
PTPTN - Bayarlah wahai peminjam
04-11-2012 1,662 Views 0 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,230 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend