Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 2 3 4 5 6 ... 8 Next »

Projek Pistol seakan tidak Percaya dapat markah tertinggi saringan AJL 26

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Projek Pistol seakan tidak Percaya dapat markah tertinggi saringan AJL 26
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-02-2011, 11:51 PM
SHAH ALAM: Kumpulan Projek Pistol yang mencalonkan lagu Wanita Seluruh Dunia di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 minggu kedua terkejut apabila lagu tersebut mendapat markah tertinggi antara lima lagu yang dijangka ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 26.

Menurut vokalisnya merangkap komposer dan penulis lirik lagu tersebut, Boy Clifford, mereka seperti kebingungan apabila diumumkan sebagai calon ‘top 5’ oleh pengacaranya, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

“Mungkin tersilap dengar apabila mengatakan kami mendapat markah tertinggi. Bagaimanapun kami tetap bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak juri yang memilih lagu ini. Pada mulanya memang kami mengharapkan agar lagu ini berjaya layak ke AJL 26 dan sebab itu kami membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh seperti berada di peringkat akhir.

“Boleh dikatakan kami kerap berlatih sepanjang dua bulan ini,” kata Boy dalam satu temubual selepas program tersebut berakhir.

Sama seperti Boy, pemain gitarnya, pemuzik dan komposer Edrie Hashim juga berasa bertuah apabila buat pertama kalinya membuat persembahan di AJL 26.

“Jika dulu, saya selalu gubah lagu untuk orang tetapi kali ini pertama kali saya membuat persembahan untuk AJL,” kata Edrie.

Selain Projek Pistol, empat lagi peserta yang dijangka bertanding di AJL 26 adalah Hazama menerusi lagu Cinta Teragung hasil ciptaan Kuncidemak, Aizat (Sungai Lui/ Aizat / Anas), Najwa Latif (Cinta Muka Buku/ Najwa Latif / Ika Latif) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda/ Monoloque).

Sementara peserta lain yang terpilih juga tidak menyangka dengan kelayakan itu sebaliknya menganggap peluang untuk beraksi di peringkat separuh akhir itu sebagai medan untuk membuat persembahan semata-mata.

“Sebelum ini saya hanya mencipta lagu ini dengan kakak saya sekadar untuk suka-suka dan tidak menyangka tercalon untuk Muzik Muzik 26. Apabila sampai ke tahap seperti ini, saya hanya memikirkan untuk membuat persembahan yang terbaik. Jika layak ke peringkat akhir, alhamdulillah,” kata Najwa.

Bagaimanapun kelima-lima peserta top 5 itu agak terkilan apabila lagu Pokok ciptaan Taja dan Tun Teja yang dinyanyikan oleh Nubhan gagal terpilih.

“Walaupun saya tidak menyanyikan lagu Pokok, tetapi saya tetap berharap lagu itu terpilih ke AJL 26,” kata Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

Lagu-lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Kurnia nyanyian Mizz Nina & Noh Hujan ciptaan Noh Hujan, Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus), Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition), Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tomok) dan Ilusi (Adira/ Audi Mok).

Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan Azhar Borhan selaku ketua juri.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Hakzin FM - Radio Online Terbaru
Hakzin FM - Radio Online Terbaru
08-25-2011 6,006 Views 6 Replies
Budget 2012: Belanjawan 2012 kakitangan awam bakal dapat durian runtuh
Budget 2012: Belanjawan 2012 kakitangan awam bakal dapat durian runtuh
10-08-2011 2,231 Views 0 Replies
TIPS nak dapat entry banyak dalam BLOG
TIPS nak dapat entry banyak dalam BLOG
01-23-2011 2,529 Views 0 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,794 Views 2 Replies
Kedatangan ku harap diterima
Kedatangan ku harap diterima
12-29-2010 3,470 Views 4 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 04:39 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend