Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 11 12 13 14 15 ... 24 Next »

Gosip Perkahwinan sensasi NurSyella dan "Tan Sri Musa"??

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Gosip Perkahwinan sensasi NurSyella dan "Tan Sri Musa"??
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-04-2011, 11:44 PM (This post was last modified: 12-16-2011, 12:14 PM by Mr.Pingu.)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Adalah seorang artis ni dia ni tak pernah berjaya dalam bidang nyanyian yang diceburinya kerana bakatnya biasa-biasa sahaja. namun begitu namanya seringkali jadi kontrobesi dek kerana macam-macam cerita yang dimilikinya. Disebabkan wajahnya yang luar biasa cantik itu menyebabkan dia sering menjadi perhatian. Katanya ditajalah apa lah. Now, tersebar berita tentang perkahwinannya yang mendapat hadiah bukan sedikit tetapi sehingga 15 Juta ringgit!! Mak Datuk! Siapalah yang kaya sangat ni sampai leh sponsor hadiah kahwin sebegitu mahal! Khabarnya orangnya dah separuh usia. Bestla dapat barang baru. Cettt..

Gosip lain ialah lelaki yang dikatakan berkahwin dengan Shella itu ialah Tan Sri Musa Hasan.. Haha.. kelakar la. Bukan sebenarnya! Orang lainlah. Meh baca gosip yang sempat den ceduk ni:

Quote:beautifulnara

Hi semua!

Sebenarnya, kisah Syella Kamaruddin tidak memerlukan perbincangan lebih lebar lagi. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudahpun menafikan yang dialah orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin.

Dengarnya, sehinggakan semua bekas anak buah Tan Sri Musa, sibuk bertanya benarkah khabar angin yang hebat bertiup mengenai identiti sebenar pengantin lelaki kepada wanita muda ini.

Apapun, Utusan Malaysia sudahpun menyiarkan mengenai penafian Tan Sri Musa. Terlerailah kisah yang hebat diperkatakan bukan sahaja di Internet, malah di kedai kopi murah dan kopi mahal.

Tetapi yang menarik perhatian Hani ialah petikan kenyataan Tan Sri Musa:

Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama.

Haa, tengok foto kat atas. Langsung bukan Tan Sri Musa, muka suami Syella ni. Kalau tengok, muka irasnya pada hidung jek kot! Hehe.

Tan Sri Musa adalah seorang pegawai kanan polis yang memiliki sikap ‘no nonsense’ ketika kepimpinannya. Pernah pada ketika menjawat jawatan Ketua Polis negeri, beliau sendiri menyamar memasuki pusat hiburan untuk mendapatkan maklumat sehinggakan berjaya mencekup anggota yang tidak amanah. Itu bukan urban myth tetapi kisah benar yang jika ditanya pegawai yang pernah bertugas dengan beliau, tentu tahu betapa seriusnya Tan Sri Musa.

Berbalik kepada kisah perkahwinan Syella ini, pada pendapat Hani, dalam Islam sendiri menyuruh kita memaklumkan tentang perkahwinan kita agar tidak menjadi fitnah. Tetapi kisah Syella ini harus dijadikan pengajaran. Dah kahwin, terbit pulak fitnah. Silap haribulan, mahu jugak berantakan rumahtangga orang cik kak oii !

Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

Sebenarnya tak apa jika kita mahukan privacy tetapi pada Hani, bila sudah dihebahkan tentang kos atau hantaran berjuta juta lemon tu, ia bagai mengundang rasa riak. Maafkan Hani kalau bunyinya kasar. Apatah lagi, bila orang pertikai mengenai kereta Mini Cooper tu, lekas lekas Syella menafikan itu kereta yang diterimanya sebaliknya ia sekadar bersifat sementara, kerana menunggu kereta Audi yang ditempah tak sampai sampai.

Betulkan ayat Hani ni kalau silap tetapi bukan ke semua yang kita miliki di dunia ni kan memang bersifat sementara.

Pada pendapat Hani yang masih single ni, macam tak manis dihebahkan demikian rupa sehingga mengundang pelbagai telahan / cakap cakap termasuk melibatkan bekas Ketua Polis Negara. Perkahwinan dalam Islam itu kan satu ibadah, satu perkara yang suci, kenapa pulak hanya gambar si isteri sahaja disiarkan.

Syella perlu faham, kalau dah ditulis hantaran berjuta ringgit, mestilah orang nak tahu. Kalau hantaran RM8,000 ke, orang tak peduli pun apatah lagi Syella dah lama pudar dari industri.

Yelah, bukan setiap hari kita dengar orang kahwin berjuta ringgit kan. Kalau di Indonesia mungkin hari hari sebab berjuta rupiah kan. Di India pun sama. Mesti orang tak heran sikitpun!

Sejak foto persandingan Syella tersebar di pelbagai blog termasuk blog politik yang menyiarkan wajah suami wanita ini, ia dah jadi seperti pertandingan ‘mari teka siapa’.

Hani yang kenal Tan Sri Musa ni pun tergelak sebab biarpun ditutup wajahnya, Hani tahu itu bukan Tan Sri Musa sebab beliau tinggi orangnya, tetapi dalam gambar tu agak pendek.

Apapun, Hani ucapkan tahniah pada Syella dan suami – orang kuat Proton tetapi tentunya bukan Pengarah Urusannya, haa yang ni Hani kena tulis sebab kat internet ni, orang suka betul meneka dalam kesamaran.

Dan terima kasih pada Abang Nara kerana memberi peluang pada Hani untuk menulis bagi laman paling best ini.

Hani Marissa. @ Beutifulnara.com
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Siti ke Mekah lagi , alhamdulillah.
Siti ke Mekah lagi , alhamdulillah.
08-08-2010 1,484 Views 0 Replies
Sarah Raissuddin dan Shuib Sepah bakal berkahwin?
Sarah Raissuddin dan Shuib Sepah bakal berkahwin?
11-18-2010 2,885 Views 0 Replies
Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai
Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai
08-19-2010 1,241 Views 0 Replies
Caya la..gajah blh panjat pokok??
Caya la..gajah blh panjat pokok??
06-15-2012 15,331 Views 21 Replies
Isteri Tanggung Suami ?
Isteri Tanggung Suami ?
08-08-2010 2,272 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 01:24 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend