Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › INSTiTuSi v
« Previous 1 2 3 Next »

Keputusan PMR 2011: Peningkatan dalam 4 tahun

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Keputusan PMR 2011: Peningkatan dalam 4 tahun
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-23-2011, 10:42 AM (This post was last modified: 12-23-2011, 10:43 AM by Mr.Pingu.)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam dah keluar result peperiksaan PMR 2011 yang lepas. Saya pun sempat baca daripada BLOG KURAKURA.MY yang menyatakan tahun ini menunjukkan peningkatan yang baik dalam keputusan peperiksaan tersebut dalam masa 4 tahun kebelakangan ini. Jumlah peningkatan di dalam bandar mahupun di luar bandar telah meningkat! Syabas saya ucapkan kepada adik-adik semua yang berjaya. Yang kurang berjaya boleh cuba lagi.

Jika kita lihat dalam statistik keputusan PMR 2011, nampaknya masih ramai pelajar yang mendapat gred E dalam keseluruhann mata pelajaran dan saya anggap ini isu yang cukup serius. Adakah sukar untuk mendapat minimum D dalam mana-mana mata pelajaran? Ini sesuatu yang perlu kita ambil perhatian. Adakah kerana sikap pelajar sendiri yang tidak mahu belajar atau masalah sistem pengajaran dan pembelajaran. Namun saya percaya semua guru mahukan anak didiknya berjaya dan terpulang kepada individu untuk berjaya atau tidak.

Quote:Disini saya quote berita tentang PMR 2011.

PUTRAJAYA: Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pada 2010. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus.

“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini. Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini. Calon yang mendapat minimum gred D pula meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu, katanya.

Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.

Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.

“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya. –BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Berkahwin selepas 28 tahun bertunang
Berkahwin selepas 28 tahun bertunang
05-25-2011 1,733 Views 0 Replies
Projek perintis padang tiruan di Sarawak tahun ini
Projek perintis padang tiruan di Sarawak tahun ini
02-20-2012 1,328 Views 0 Replies
core A bantu pelajar cemerlang dlm pelajaran
core A bantu pelajar cemerlang dlm pelajaran
08-11-2010 1,730 Views 0 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,890 Views 2 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,953 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-16-2026, 12:53 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend