Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeRJaYa v
« Previous 1 2 3

9 ciri mudah dapat kerja

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
9 ciri mudah dapat kerja
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-04-2010, 04:12 PM (This post was last modified: 08-04-2010, 04:13 PM by Mr.Pingu.)
MAJU dan berdaya saing adalah antara sembilan ciri utama yang perlu dimiliki graduan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Pengarah Pusat Pembangunan Keluarga, Universiti Malaya, Prof Dr Abd Rahim Abd Rashid, berkata graduan perlu memiliki ciri itu terutama dari segi kebolehan dan kemahiran kerana ia menjadi perhatian utama majikan. Bagi graduan yang ingin menceburi bidang profesional pula, katanya, ciri kedua diperlukan iaitu mempunyai ketrampilan diri dan personaliti unggul.

“Sifat seperti ceria, tenang, sabar, bijak, bersopan santun, mesra, sabar dan berdisiplin menjadi ukuran majikan bukan saja untuk penawaran kerja, malah kenaikan pangkat,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, cari ketiga yang dinilai majikan sewaktu pemilihan pekerja baru ialah pengetahuan dan kelayakan akademik sesuai dengan pekerjaan. Dr Abd Rahim berkata, kemahiran komunikasi termasuk penguasaan bahasa, cetusan idea, kemahiran berfikir, pemikiran logik dan rasional adalah ciri keempat yang turut menjadi perhatian majikan.

“Penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ketiga memberi kelebihan kepada graduan untuk mendapat sesuatu pekerjaan,” katanya.

Ciri kelima yang perlu dimiliki graduan ialah sikap positif dan minat seperti berfikiran terbuka, toleransi serta bersemangat tinggi. Aspek sikap ini, katanya, lazimnya diuji sewaktu temu duga dan sesi perbincangan bagi mengenal pasti pandangan mereka terhadap majikan serta isu semasa. Dr Abd Rahim berkata, majikan juga mengutamakan ciri keenam iaitu etika dan nilai, bagi memastikan pekerja diambil mempunyai integriti tinggi serta mampu menjalankan tugas secara profesional.

“Setiap majikan mahukan pekerjanya mengamalkan nilai murni seperti jujur, cekap, amanah, kesetiaan, bertimbang rasa, bekerjasama dan bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, graduan yang mempunyai pasaran seharusnya memiliki ciri ketujuh iaitu mempunyai kemahiran sampingan, antaranya literasi teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kerja dan pejabat serta kecerdasan emosi. Katanya, ciri itu penting kerana majikan memerlukan pekerja yang sentiasa bersedia dan dedikasi menjalankan tugas apabila pelbagai idea dan inovasi baru diperkenalkan.

“Ciri kelapan ialah graduan perlu mempunyai kualiti intelektual. Walaupun menganggur, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terkini,” katanya.

Dr Abd Rahim berkata, graduan yang menepati pasaran seharusnya mempunyai ciri kesembilan iaitu peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta aplikasinya.Cool
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Lafaz Allah dapat dilihat dari satelite?
Lafaz Allah dapat dilihat dari satelite?
08-23-2010 1,474 Views 0 Replies
Bekerja di lombong Garam
Bekerja di lombong Garam
11-09-2010 3,660 Views 5 Replies
Ciri-ciri lelaki gay / homoseksual
Ciri-ciri lelaki gay / homoseksual
09-15-2012 4,065 Views 0 Replies
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
12-13-2010 2,253 Views 1 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,143 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Mencari Kerja? Mengapa tidak Mencipta Kerja Mr.Pingu 0 1,167 01-22-2020, 12:44 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 05:36 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend