08-12-2010, 05:59 AM

kalau nak tau tart nenas ni merupakan kuih feberet pingu. kalau raya memang mencari kuih ni la.. AWAS! kepada rumah yang menyediakan kuih nie.. bersedialah utk dibedal.. haha...
so, sedikit info tentang kuih kesukaan hamba nih:
Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nenas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Sesetengah orang meletakkan tat nenas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya. Contohnya, laman resipi Kuali (pautan di bawah) meletakkan resipinya dalam kumpulan biskut.
Kuih tat nenes merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Biasanya kuih tat nenas dibuat hanya pada musim perayaan seperti hari raya dan kurang laku pada waktu biasa.
Kuih tat nenas disediakan dengan menggunakan adunan tepung dan margerin yang diadun bagi membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi bagi membentuk bergigi. Selepas dicanai, jem nenas akan diletakkan ditengah dan adunan doh tersebut akan digulung agar jem terletak ditengah-tengah adunan. Selepas itu ia dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas bagi memberi warna kekuningan keemasan. Saiz kuih tat nenas ini biasanya dianggar semuat satu suapan agar mudah ia dimakan.
Kuih tat nanas biasanya banyak dijual secara meluas semasa musim perayaan. Pada waktu biasa, ia kurang terdapat dijual.
Nama kuih tat nenas mungkin berdasarkan jenis kuih kering yang berinti iaitu tat, dan kandungan intinya yang diperbuat daripada buah nenas menjadikannya dikenali sebagai tat nenas. Kuih tat nenas popular di seluruh Malaysia dan banyak dijual terutama pada musim perayaan. Oleh kerana ia digemari ramai dan harganya yang berpatutan, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya agak bermusim. Kuih tat nenas mempunyai rasa inti yang manis, tetapi bagi mengimbanginya doh kulitnya adalah tawar. Kulit tat yang baik biasanya agak lerai dan sapuan kuning telur pada bahagian atas berfungsi sebagai memegang doh yang mudah terlerai itu, selain sebagai hiasan warna keemasan.