Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › ReSePi v
« Previous 1 2 3 4 5

Kuih Keria

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kuih Keria
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-12-2010, 06:03 AM


hehe.. kuih keria atau biasanya aku panggil kuih tayar merupakan kuih yang boleh dibuat menggunakan sekadar tepung ataupun berisikan keledek atau ubi. pingu suke kuih keria keledek. memang enak. actually pingu pandai buat kuih ni. dulu masa sekolah selalu je buat. mudah je actually.

basically, Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Resepi Asam Pedas Johor
Resepi Asam Pedas Johor
02-03-2016 2,668 Views 2 Replies
Best Food in KL/Selangor
Best Food in KL/Selangor
08-09-2019 7,021 Views 21 Replies
Nasik Putih ayam Blackpepper Restoran Tengku Impian Skudai
Nasik Putih ayam Blackpepper Restoran Tengku Impian Skudai
04-25-2011 3,759 Views 2 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,143 Views 3 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 16,297 Views 22 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-12-2010, 06:05 AM
Bahan-bahan
1) 600 gm keledek
2) 150 gm tepung gandum
3) ¾ cawan gula putih
4) Minyak
5) Garam

Cara membuatnya
Ubi Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Setelah masak, biarkan sejuk dan kemudian ubi keledek tersebut dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat.

Ubi keledek yang lenyet itu digaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil satu camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi.

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng sehingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering.

Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-12-2010, 06:05 AM (This post was last modified: 08-19-2011, 12:24 PM by Mr.Pingu.)
Perbezaan

Di antara donut dengan kuih ini, bahan adunan kuih ini tidak mengandungi ibu roti atau yis. Bahan adunan untuk donut adalah bahan adunan untuk membuat roti dan mengandungi yis, manakala adunan untuk kuih keria ini bukan melalui proses seperti donut. Donut dikategorikan sebagai roti dan roti penaik (roti yang dinaikkan dengan yis).
Blush
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 10:15 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend