Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 15 16 17 18 19 ... 40 Next »

Agong terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Agong terima pengiktirafan Malaysia Book of Records
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-20-2012, 08:28 PM
KUALA LUMPUR 20 Feb. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Kali pertama Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Jan 1970 hingga 20 Sept. 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima selempang Penaung Diraja Pandu Puteri sebagai tanda menjadi penaung baru persatuan tersebut.

Selempang tersebut bersama sepersalinan Pandu Puteri diserahkan oleh lima anggota persatuan itu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebelum diserahkan kepada Seri Paduka.

Turut hadir ialah Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri, Datin Seri Zalillah Mohd Taib.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok
Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok
08-19-2010 1,094 Views 0 Replies
Salleh Gregor Samsa - Penghina agama Islam
Salleh Gregor Samsa - Penghina agama Islam
08-19-2010 1,290 Views 0 Replies
Padah elak dicekup khalwat
Padah elak dicekup khalwat
08-23-2010 10,022 Views 10 Replies
newbie kat sini
newbie kat sini
04-04-2012 1,502 Views 1 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 17,440 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 04:26 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend