02-20-2012, 08:55 PM
KUALA LUMPUR 20 Feb. — Malaysia Airlines (MAS) menawarkan promosi perjalanan kelas perniagaan yang menarik bagi penerbangan domestik dan antarabangsa berkuat kuasa hari ini hingga 27 Februari.
Tawaran untuk sektor domestik dan ke destinasi ASEAN adalah sah untuk perjalanan segera sehingga 31 Ogos, manakala perjalanan bagi AS, Asia Utara, Eropah, Asia Selatan, China/Hong Kong dan Australia, sah sehingga 30 Jun.
Untuk kemudahan pelanggan, tambang yang ditawarkan termasuk tambang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang, kata Naib Presiden Kanan MAS bagi Malaysia dan ASEAN, Muzammil Mohamad.
"Tawaran berkenaan dapat dilaksanakan berikutan penyertaan pesawat baru yang efisen bahan api ke dalam kumpulan pesawat kami. Pesawat ini juga menambah baik kemudahan dalam penerbangan yang turut membolehkan kami meningkatkan tawaran perkhidmatan kami kepada pelanggan.
"Tambahan pula, kami telah menyusun semula strategi untuk meningkatkan kekerapan kami bagi laluan serantau serta memenuhi jangkaan pelanggan yang memilih perkhidmatan penuh premium dan penyambungan terus untuk perjalanan mereka pada tawaran dengan nilai,” kata beliau. — BERNAMA