Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › PeMiKiRaN v
« Previous 1 2 3

Nenek 9 cucu penerima pertama Sarjana Kepengetuaan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Nenek 9 cucu penerima pertama Sarjana Kepengetuaan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-04-2010, 04:17 PM
KUALA LUMPUR: Bergelar nenek kepada sembilan cucu bukannya penghalang, malah menguatkan azam Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru, Mollie Atan untuk menjadi guru besar pertama menggenggam Ijazah Sarjana Kepengetuaan pada majlis konvokesyen Universiti Malaya, di sini, semalam.

Mollie, 56, yang menerima ijazah daripada Pro Canselor UM, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada sidang kedua, berulang-alik dari Johor Bahru ke sini setiap hujung minggu untuk mengikuti kuliah. Beliau yang ditemani suami, Mohamed Mokhtar, anak dan menantu pada majlis itu menganggap penat dan susah payah mencari ilmu hanyalah cabaran. “Suami dan rakan banyak memberi dorongan dan ada antara mereka yang mahu mengikut jejak. Saya berharap usaha ini menjadi contoh, terutama kepada golongan tua supaya menepis tanggapan menuntut ilmu hanya pada usia muda.

“Kini, peluang menyambung pelajaran melalui program jarak jauh terbuka luas, justeru perlu dimanfaat mereka yang tidak berpeluang ke universiti.

“Disiplin sangat penting jika mahu berjaya kerana kita perlu pandai membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya. Alhamdulillah berkat disiplin yang saya amalkan berjaya membuahkan hasil,” katanya.

Mollie berkata, sepanjang dua tahun pengajiannya, beliau tidak pernah kedekut ilmu malah sentiasa berkongsi dengan mereka dan pensyarah.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kita Rasa Kita..
Kita Rasa Kita..
02-16-2012 5,235 Views 4 Replies
Filem tempatan pertama dekat panggung wayang
Filem tempatan pertama dekat panggung wayang
09-15-2021 1,026 Views 1 Replies
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
11-03-2010 2,036 Views 0 Replies
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
04-18-2012 5,765 Views 5 Replies
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
03-08-2012 2,642 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
mawar_hijau Offline
Member
**
Posts: 69
Threads: 19
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#2
08-04-2010, 05:26 PM
bersemangat waja walaupun sudah berusia. Inilah semangat yang perlu ada bagi setiap individu.. lifelong learning~
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 11:33 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend