02-24-2012, 09:01 PM
SEBAIK bersara sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada tahun 1993, hampir setiap hari Chan Yoon Mooi akan berulang-alik dari rumahnya yang terletak di Jalan Loke Yew ke Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur untuk meluangkan masa di premis Persatuan Keturunan Chan atau juga dikenali sebagai Chan She Shu Yuen Clan Association.
Di premis itu, dia akan bersosial dengan semua ahli keluarga Chan selain melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengemas dan mencuci rumah tersebut. Ujar warga emas yang berusia 74 tahun itu, walaupun dia seorang wanita, secara teknikalnya dia adalah sebahagian daripada ahli keluarga Chan.
Dalam amalan sosial masyarakat Cina, wanita yang telah berkahwin akan menjadi sebahagian daripada keluarga sebelah suaminya manakala Yoon Mooi pula masih bujang sehingga kini.
Cuma, wanita itu sudah jarang ke situ kerana mengalami sakit-sakit lutut selepas terlibat dalam kemalangan sedikit masa lalu. Hubungan antara Yoon Mooi dengan bangunan yang mempunyai dekorasi tradisional Cina itu bukan sekadar terletak pada nama keluarga tetapi datuknya, Chan Sow Lin merupakan salah seorang pengasas bersama Chan She Shu Yuen Clan Association.
"Saya tidak pernah berjumpa dengannya, tetapi menurut ibu saya (Chung Yoke San), dia memiliki personaliti yang sangat baik," ujar anak kedua daripada lima adik-beradik itu.
Tambahnya, Sow Lin sangat gemar melakukan kerja-kerja kebajikan. Peribadinya pula sering mementingkan kejujuran dalam kerja dan kehidupan.
Sumbangan Sow Lin terhadap persatuan Chan sangat besar. Sampuk Tan Gee Boon, 63, sebagai pemimpin kaum Cina pada masa itu, Sow Lin telah menyumbang sebanyak tujuh buah lot kedai sebagai tapak bangunan.
"Waktu itu sebuah lot kedai berharga AS$500 dolar bersamaan dengan RM3 juta nilai duit sekarang," terang setiausaha persatuan Chan, Dr. BN Tan, 54.
Seperti juga Yoon Mooi, Gee Boon yang merupakan salah seorang ahli seumur hidup persatuan Chan sering bertandang ke Chan She Shu Yuen.