Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeRJaYa v
« Previous 1 2 3 Next »

Pasang Replika Kapal Terbang

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pasang Replika Kapal Terbang
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-25-2012, 05:09 PM
Replika Sukhoi untuk raja-raja


REPLIKA Sukhoi SU-30MKM ini menyerupai bentuk pesawat asal. Hanya saiznya yang dikecilkan pada skala 1:48.

Di atas meja yang dilapisi papan skala hijau lengkap dengan lukisan grid, fokus mata Firdaus Vernon Law, 48, tidak lari daripada kepingan kecil kokpit yang dikepit di celah jarinya.

Sesekali isterinya, Zaidah Omar, 44, menyapanya untuk bertanyakan sesuatu. Dia pantas sahaja menjawab namun fokus matanya tidak sedikit pun beralih arah. Baginya, untuk menghasilkan miniatur kokpit yang lengkap seperti di dalam pesawat asal, ia sememangnya menuntut daya tumpuan yang tinggi.

Apa tidaknya, di bahagian yang menempatkan beberapa unit tolok halaju itu, terdapat pelbagai suis serta papan pemuka paparan visual yang perlu dilakar dan diwarnakan. Lebih mengagumkan, kesemua kemasan itu dilakukan di atas sekeping plastik yang hanya berukuran kurang dua sentimeter (sm) lebar!

“Bahagian kokpit memang cabaran besar untuk diselesaikan.

“Kadang-kadang perlu ambil masa sehari setengah untuk siapkan bahagian ini sahaja,” kata Firdaus yang memastikan setiap kokpit pesawat yang dihasilkan menerima sentuhannya.

Pengalaman bertugas selama berbelas tahun sebagai pelukis pelan di sebuah firma arkitek telah memahirkan lelaki ini bekerja dengan barangan berskala kecil.

Sementara itu, Zaidah yang duduk membelakanginya tekun melekatkan kepingan-kepingan plastik kecil dengan gam khas untuk membentuk badan pesawat.

“Untuk mendapatkan hasil cantuman yang berkualiti dan kemas, kami hanya menggunakan gam yang diimport khas dari luar negara.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Gaji naik 13%: Dah nak Pilihan Raya
Gaji naik 13%: Dah nak Pilihan Raya
05-22-2012 1,707 Views 0 Replies
Peluang kerja jururawat
Peluang kerja jururawat
08-08-2010 3,744 Views 0 Replies
PELUANG BISNES USAHAWAN FINGO SEBAGAI PEMILIK KEDAI ONLINE RIBUAN PRODUK IMPORT MURAH
PELUANG BISNES USAHAWAN FINGO SEBAGAI PEMILIK KEDAI ONLINE RIBUAN PRODUK IMPORT MURAH
08-31-2019 1,876 Views 1 Replies
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
03-19-2011 50,096 Views 57 Replies
Football fever hits again !
Football fever hits again !
06-29-2012 3,621 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
02-25-2012, 05:11 PM
“Ia mampu menghasilkan cantuman yang kemas. Namun, apa yang lebih penting, ia mampu bertahan lebih lama.

“Berbanding jika menggunakan super glue, ia mungkin boleh melekap dengan kuat tetapi apabila selepas tiga atau empat tahun, masalah lain akan timbul.

“Contohnya, jika badan pesawat diketuk dengan jari, pasti ada bahagian yang tertanggal,” ujar Zaidah sambil memberitahu, gam tersebut berfungsi dengan mencairkan plastik untuk menghasilkan cantuman yang sempurna.

Tambah Zaidah lagi, pengunaan gam khas ini telah diangkat menjadi tanda dagang perniagaannya. Pasangan suami isteri ini sebenarnya sudah 11 tahun berkecimpung dalam perniagaan menghasilkan replika pesawat, khasnya yang pernah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mengakui mula meminati miniatur pesawat tempur sejak tahun 1977, semangat Firdaus untuk memiliki replika kapal terbang pertamanya semakin berkobar-kobar apabila dia menonton filem Top Gun dan Wira Angkasa yang ditayangkan sekitar tahun 1980-an.

“Lantaran minat yang mendalam, saya ambil keputusan berhenti kerja dan menyertai kedai yang menjual pelbagai model kenderaan, Miniature Hobby di Midvalley.

“Ketika itu, ramai pelanggan mencari model pesawat tempur TUDM sedangkan kami tidak menjualnya.


FIRDAUS tidak bermasalah untuk menghasilkan replika pesawat daripada Sukhoi, MiG, Pilatus, Tebuan, Rajawali hinggalah ke helikopter Apache.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
02-25-2012, 05:14 PM
“Di situ sedikit sebanyak saya belajar tentang trend pasaran pesawat tempur miniatur dan Alhamdulillah, percaturan saya tidak silap,” kata bapa kepada seorang anak perempuan, Nurliyana Law, 16, ini.

Dia yang ketika itu menyimpan lebih 100 model kapal terbang berlainan saiz berkata, idea untuk memulakan perniagaan miniatur datang daripada isterinya.

“Saya tidak mahu halang minatnya dalam bidang ini walaupun adakalanya geram juga apabila melihat rumah penuh dengan model kapal terbang. Satu hari, saya cadangkan kepadanya, alangkah bagusnya kalau hobi ini boleh ditukar menjadi duit. Semenjak itu, kami mula menjual replika pesawat tempur. Awalnya, pelanggan kami hanya peminat dan pengumpul miniatur jet pejuang.

“Namun, pada tahun 2003, selepas diberi kepercayaan oleh sebuah agensi kerajaan untuk menyediakan puluhan replika pesawat MiG-29N sebagai cenderahati kepada jemputan VIP di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2003, kami mula mengkomersialkan perniagaan ini,” jelas Zaidah yang hanya berminat untuk menghasilkan miniatur selepas tiga tahun suaminya menceburi bidang tersebut.

Ketika ditanya model apa yang paling sukar dihasilkan, Zaidah memberitahu, tiada model yang begitu sukar disempurakan memandangkan kerjaya itu sudah menjadi rutin hariannya sejak sembilan tahun lalu.

Pada tahun 2005 pula, pasangan ini turut diberi tanggungjawab untuk menyiapkan replika Sukhoi Su-30MKM, yang kemudiannya dijadikan cenderamata sempena pameran untuk dipersembahkan kepada kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan, pemimpin tertinggi negara dan juga tetamu jemputan dari luar negara.

Proses menghasilkan miniatur bermula dengan memilih model yang berkualiti. Jelas anak kelahiran Sarawak ini lagi, model miniatur yang bagus biasanya datang dari Jepun, Korea, Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

“Jepun lebih suka keluarkan model dengan kepingan yang banyak. Adakalanya satu model pesawat boleh mencecah sehingga 400 keping.

“Berbanding dengan AS, kepingannya lebih besar dan jumlahnya sekitar 200 hingga 250 sahaja.

“Bagi yang baru berjinak-jinak untuk menghasilkan replika pesawat, tidak salah jika membeli model buatan AS, harganya mungkin sedikit mahal tetapi lebih mudah untuk diselesaikan,” katanya.

Pasangan ini mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk menyiapkan tempahan miniatur pesawat yang diterima.

“Bergantung kepada skala yang pelanggan mahukan. Jika mereka mahukan pesawat berskala besar seperti 1:32, kami perlukan tempoh yang lebih lama kerana proses semburan cat mengambil masa yang lebih panjang,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 02:20 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend