02-27-2012, 01:25 AM
WAJAR bagi seorang wanita memikirkan tentang soal rumah tangga atau mendedahkan ciri-ciri impian perkahwinannya kepada umum tatkala usia mencecah 25 tahun. Bagi penyanyi Mila pula, dia lebih gemar berkhayal tentang majlis perkahwinan yang bakal ditempuh berbanding memikirkan siapa calon teman hidupnya.
"Kalau saya bertemu jodoh, saya nak yang ringkas, menarik dan di tepi laut. Mungkin saya orang Pulau Pinang, suasana laut memang dekat dengan jiwa saya sejak kecil.
"Hanya, impian perkahwinan saja yang mampu saya fikir, kalau nak lebih-lebih, tidaklah. Kalau nak tanya tentang ciri-ciri lelaki idaman, saya tak ada jawapannya lagi," katanya jujur pada perbualan baru-baru ini.
Biarpun disogok dengan soalan bertujuan untuk mencungkil sisi peribadinya itu, namun penyanyi lagu Persis Mutiara ini tetap setia dengan jawapan selamatnya.
"Saya tak fikir lagi. Tapi saya suka kalau ke ekspo atau karnival perkahwinan. Banyak maklumat yang boleh kita dapati, macam perancang perkahwinan, fotografi, kad kahwin, atau perkhidmatan katering," ujarnya.
Untuk itu juga, Mila tidak kisah untuk memeriahkan pengunjung ke Festival Pengantin Malaysia Ke-10 yang berlangsung di Jaya Jusco AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 2 hingga 4 Mac ini. Mila bakal tampil menyampaikan tiga lagu pada 3 Mac itu di pusat membeli-belah yang turut menempatkan lebih 45 gerai usahawan industri perkahwinan anjuran Dirich Vision Sdn. Bhd. (Drich Vision).
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Dirich Vision, Nor Sharlina Abdul Rashid turut menyatakan rasa teruja dengan penganjuran kali ketiga diadakan di Jaya Jusco AU2 Setiawangsa.
"Festival Karnival Pengantin adalah salah satu laluan untuk memudahkan bakal pengantin membuat pilihan dalam merancang majlis idaman mereka.
"Banyak perkhidmatan disediakan termasuk andaman pengantin, fotografi dan videografi, cenderamata, perhiasan, dewan majlis perkahwinan dan pusat penjagaan kecantikan berpengalaman," jelasnya.