Mereka yang songsang – Edry KRU
Bersama ATHIRAH
KOMPOSER ini, orangnya memang popular. Siapa yang tidak kenal dengan Edry Abdul Halim atau Edry KRU? Berdiri sebagai seorang komposer yang sarat dengan bakat dan idea kreatif, Edry ternyata telah banyak menyumbangkan keringatnya untuk membantu menaikkan industri muzik tanah air.
Malah, tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa Edry adalah individu penting yang menjadi tulang belakang kepada populariti yang diraih oleh beberapa artis ternama yang ada di negara ini sekarang. Pendek kata, apa sahaja lagu yang telah digubahnya, pasti ramai yang akan mengangguk bahawa karya yang dihasilkan punya nilai dan makna yang tersendiri.
Bercakap mengenai soal makna dan nilai karya yang dihasilkan lelaki ini, Pancaindera ada menerima khabar yang kurang enak daripada segelintir maklum balas pembaca akhbar ini. Agak janggal apabila menerima dakwaan bahawa ada lagu ciptaan Edry punya nilai negatif yang mengajak dan menggalakkan percintaan antara kaum sejenis!
Apabila dibelek-belek, rupa-rupanya lagu yang didakwa punya maksud percintaan songsang itu ada terkandung dalam lirik lagu Berdua Bersatu yang dinyanyikan oleh kumpulan remaja Forteen yang bernaung dibawah KRU Studios.
Kalau benarlah bagai dikata, Pancaindera faham bahawa salahnya bukan terletak di bahu anggota-anggota kumpulan Forteen lantaran mereka cuma artis yang dipertanggungjawabkan untuk menyanyikan lagu tersebut. Sama ada ia adalah isu yang sengaja direka atau sebaliknya, kami percaya, hanya seorang individu sahaja yang layak untuk membuka mulut.
Lalu, kepada Edry jawapan dicari untuk menjernihkan persoalan.
LAGU Berdua Bersatu semakin mendapat perhatian di kalangan pendengar. Tahniah. Tapi yang tak ada pihak mendakwa lagu itu sengaja dicipta untuk golongan songsang. Betul ke?
Habis tu saya ni songsang ke? Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk mencipta lagu ke arah itu. Tak ada langsung! Rasanya ini kali pertama saya dengar isu mengenai lagu ini. Walhal dah beberapa bulan lagu itu dimainkan, tak ada pun saya dengar mengenai dakwaan ini.
Macam mana Edry raih idea sehinggalah Berdua Bersatu dihasilkan?
Saya dah berkahwin dan tentu sekali apa sahaja lagu berkaitan percintaan dan hubungan yang utuh saya bayangkan cinta saya terhadap isteri. Bagi saya, sesiapa pun boleh mendengar lagu itu sebab saya cipta lagu untuk semua pendengar. Tak pernah selektif untuk satu-satu golongan dan sebagainya.
Maknanya Edry nak lagu itu bersifat universal?
Ya. Memang lagu-lagu saya bersifat universal. Contohnya lagu Sedetik Lebih. Saya rasa ia menceritakan tentang cinta universal. Kalau orang nak anggap ia adalah cinta antara kekasih, ibu, ayah, teman-teman, itu adalah hak mereka. Malah ada juga pihak yang menganggap lagu itu sesuai untuk konsep ketuhanan. Jadi tak ada salahnya. Semua punya pandangan sendiri.
Kalau diperhatikan, mungkin ada di antara liriknya yang menimbulkan keraguan sehingga ada pihak yang mempertikaikan ia sebagai sebuah lagu yang menggalakkan pasangan songsang bercinta. Apa komen Edry?
Sesiapa pun boleh mendengar lagu-lagu saya. Dulu lagu ciptaan saya Separuh Masa untuk kumpulan The Lima juga pernah menjadi isu begini. Cuba tanya balik pada orang yang buat dakwaan tu. Entah-entah mereka yang berfikiran songsang agaknya. Mungkin juga orang tengok yang menyanyikan lagu itu pun remaja yang `jambu’, jadi mereka sewenang-wenangnya buat andaian begitu. Bagi saya ia cuma sebuah lagu.
Tak gusarkah bila isu begini timbul, ia akan menjejaskan kreativiti Edry untuk menulis lirik dan menghasilkan lagu selepas ini?
Tiada apa yang perlu digusarkan sebab saya akan terus berkarya. Bagus juga kalau ada pihak yang rajin buat penilaian dan analisis tentang lagu-lagu kerana sekurang-kurangnya mereka ada pandangan sendiri dan ia membuktikan bahawa kita dengar lagu bukan sekadar untuk berhibur. Saya pun tak boleh nak paksa orang untuk suka lagu ciptaan saya. Terpulanglah pada pendengar. Cuma, janganlah berfikiran cetek sangat. Tak ada yang songsang dalam lagu itu.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp...=hi_06.htm