Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › ReaLiTi HiDuP v
« Previous 1 2 3

Misteri: Lelaki Sotong

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Misteri: Lelaki Sotong
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-27-2012, 10:07 PM
Sebenarnya masa lihat kawan update di Facebook topik ini ingatkan dia nak kenakan kawan saya yang bernama Rudy dengan mengatakan beliau
lelaki sotong (Lelaki lembut) rupanya topik ini benar-benar mengenali seorang lelaki bernama Rudy yang dilahirkan sedikit menyerupai sotong. Saya tak tahu nak ulas anda tengok sendiri gambar dibawah dan juga bacalah artikel yang saya sertakan.



Setiap manusia itu dilahirkan dengan cukup segala sifat dan anggota fizikal sebagaimana ciptaan terbaik dari Tuhan untuk dinikmati dan disyukuri oleh semua manusia.

Namun, berbeza dengan seorang lelaki dari Filipina, Rudy Santos, 55 yang diberi gelaran sebagai ‘Lelaki Sotong’ atau Octoman oleh masyarakat seluruh dunia kerana kecacatan yang dia miliki sejak dari lahir lagi.

Rudy dilahirkan dengan fizikal yang berbeza di mana dia mempunyai empat lengan dan tiga kaki yang melekat kukuh di hadapan badannya dari paras perut hingga ke pinggang. Meskipun dia mempunyai fizikal yang berbeza dengan orang lain, Rudy langsung tidak berasa itu sebagai kekurangan dirinya.

Sebaliknya, kecacatan kekal itu menjadikan Rudy terkenal khususnya di Filipina apabila dia melibatkan diri dalam pertunjukkan sarkas sejak dari zaman remaja lagi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Biarpun masyarakat sekeliling memandang pelik dengan fizikal badannya, Rudy tetap berusaha dan gigih untuk berkerja demi mendapatkan kewangan yang tetap untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan sekolah adik-adiknya.

Segala jerit perih yang dilalui oleh Rudy akhirnya terbalas apabila dia sekarang ini ditanggung sepenuhnya oleh adik-adiknya termasuklah bantuan kewangan untuk kos perubatan diri sendiri. Kini, Rudy masih lagi tinggal bersama ahli keluarga dan adik-adiknya dan masanya banyak dihabiskan dengan berkongsi segala kekuatan dan kesusahan yang dia tempuhi.

Bercakap mengenai kesihatannya, Rudy yang pernah mendapatkan rawatan lanjut dengan doktor pakar mengenai kecacatan itu menemui jalan buntu. Doktor pakar tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melakukan pembedahan membuang ketumbuhan atau anggota tambahan di badan Rudy memandangkan anggota-anggota itu bercantum dengan organ-organ dalamannya dan mampu membahayakan nyawa lelaki itu.

Malah, kos pembedahan untuk membuang kecacatan itu juga terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh Rudy. Pun begitu, Rudy pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya dan terus berusaha untuk meneruskan sisa hidup yang tinggal.

Oleh: NAIMAH SHAARI
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Fesyen Lelaki Terkini Jepun
Fesyen Lelaki Terkini Jepun
11-08-2012 3,673 Views 0 Replies
Kisah Jururawat Lelaki yang menginsafkan
Kisah Jururawat Lelaki yang menginsafkan
04-04-2013 3,533 Views 2 Replies
Apa yang kita lihat tidak semestinya kita tahu
Apa yang kita lihat tidak semestinya kita tahu
02-07-2012 4,528 Views 0 Replies
Rekabentuk jam pelik...
Rekabentuk jam pelik...
04-17-2012 2,214 Views 1 Replies
hello
hello
04-01-2012 2,071 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-27-2026, 07:57 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend