Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 13 14 15 16 17 ... 40 Next »

Butuh dan Puting Payudara: Itulah Politik

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Butuh dan Puting Payudara: Itulah Politik
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-03-2012, 02:55 PM
Hai! tadi saya terjumpa satu artikel menarik yang menggambarkan politik. Ulasannya agak menarik kerana diulas dalam bentuk berbeza. Nampak kelakar tapi dalam maksudnya. Marilah sama-sama kita baca:

i Sesungguhnya, politik ini sama seperti butuh kepada lelaki, dan puting kepada perempuan. Ini bukan mencarut, atau melucah. Saya tiada mood untuk itu, di bumi Anbia yang suci ini. Analogi dipilih untuk menunjukkan betapa penting elemen politik itu kepada kelangsungan hidup manusia (sebagaimana mustahak genitalia tubuh untuk kesinambungan zuriat). Tapi dalam masa yang sama, elemen/organ yang istimewa ini boleh menjadi kotor dan mengaibkan. Jika manusia terlalu obses, dengan cara yang tidak munasabah.

ii Bersengketa tentang fahaman politik siapa lebih benar, sama seperti berbalah tentang butuh atau puting siapa lebih besar. Sangat siok dan ghairah barangkali. Tapi membuang masa, dan boleh memberi gangguan kepada kerja-kerja lain yang lebih penting. Kita semua masing-masing ada butuh dan puting. Kita juga telah dewasa dan matang untuk memahami sais masing-masing. Jadi kenapa perlu berbalah-balah lagi? Cukuplah kita pegang dan jaga anu sendiri. Tidak payah mendabik dada mengatakan butuhku lebih besar panjang; atau putingku lebih besar tegang. Bukan orang lain boleh selak tengok dan pegang pun, untuk menentukan sejauhmana besarnya – seperti mana yang kamu canang. Masing-masing tahu, sudahlah.

iii Tuhan beri kita butuh dan puting, sebenarnya untuk kegunaan sendiri. Untuk memudahkan hidup kita. Agar kita, atas kapasiti individu, boleh berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat. Sebab itu tiada keperluan untuk kita mengindoktrinasikan orang lain tentang kebesaran butuh dan puting masing-masing.

Mau bermegah-megah untuk apa? Does size really matter?

Tidak perlu bertalu-talu menyuruh orang baca link itu dan ini; atau tengok gambar sana dan sini; atau tonton video-video ini. Semata-mata mahu membuktikan betapa besarnya butuh atau puting masing-masing. Kenapa?

iv Sebab selepas baca dan tengok pun, orang akan tetap kata: alah, kamurang belum tengok butuh/puting aku. Tujuh belas kali lebih besar dari itu! Maka cabar mencabar mula berlaku. Akhirnya semua orang akan bertelanjang bulat depan dunia; sebab masing-masing mau tunjukkan anu siapa lebih besar. Hishh, malulah. Orang Arab, Pakistan, Afrika dan Eskimo semua tengok. Orang Putih pun mengintai juga. Ketawa-ketawa diorang kesukaan. Bila nampak orang kita kembali ke zaman batu. Itupun, selepas berbogel seantero alam, belum tentu persetujuan boleh dicapai. Sebab konotasi ‘sais besar’ itu sendiri adalah subjektif. Yang besar itu pada kepala ka? Pada biji ka? Pada ukurlilit ka? Pada bonjolan ka? Semasa kendur ka? Semasa tegang ka? Pandangan sisi ka? Pandangan bawah ka?

v Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan sais dan kuantiti di dunia ini yang boleh diperdebatkan. Tanpa meleraikan silaturahim kalangan kita, atau memecahbelahkan sesama manusia. Misalnya, kita boleh berdebat tentang ternakan puyuh siapa lebih banyak. Atau pokok madang siapa lebih tinggi. Atau tilam siapa lebih empuk. Atau pencil siapa lebih panjang. Atau kepuk siapa lebih sarat dengan padi. Atau bawang siapa lebih besar. Atau kek keladi siapa lebih sedap. Ada lagi cadangan lain?

vi Kalau kamu rasa butuh kamu lebih besar dari saya punya, saya ok saja. Asalkan kamu bahagia dengan butuh besar itu. Dan saya pula gembira dengan butuh kecil ini. Walaupun hakikat sebenarnya, kita hanya tahu sais butuh sendiri. Sebab hanya itu yang kita pernah nampak dan pegang. Tapi apa yang penting, kita masih berkawan. Dan kita tidaklah terdesak sampai bertelanjang di khalayak ramai semata-mata mau membuktikan kebesaran butuh masing-masing.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
08-11-2010 1,224 Views 0 Replies
BAYI BERKAPAN DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
BAYI BERKAPAN DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
08-10-2010 2,370 Views 1 Replies
Baby kena patuk ular berulang-ulang kali
Baby kena patuk ular berulang-ulang kali
08-21-2010 3,906 Views 0 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 3,044 Views 1 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 9,119 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Puting Beliung di Johor Bahru Mr.Pingu 0 1,873 12-18-2013, 10:27 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 07:41 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend