Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › ReaLiTi HiDuP v
« Previous 1 2 3

SURAT BALAS : Warkah Buat Keluarga Anggota Polis

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
SURAT BALAS : Warkah Buat Keluarga Anggota Polis
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-04-2012, 09:55 PM
Menarik untuk saya kongsikan bersama. renung-renungkanlah

Oleh : Ustaz Rosli Abdul Jabar

Assalamualaikum, tersentuh hati bila terbaca sebuah warkah daripada seorang anak warga polis yang begitu tersentuh hatinya apabila bapanya seorang anggota polis digelar sebagai anjing oleh beberapa orang peserta bersih, hatinya begitu tersinggung kerana bapa beliau telah banyak berkorban demi keamanan negara, tetapi digelarkan dengan panggilan anjing, yang sudah pasti penghinaan itu turut mengheret beliau dengan gelaran sebagai anak anjing.

Dapat saya rasakan betapa pilu dan terhinanya beliau dengan penggilan tersebut, hati anak manakah yang tidak pilu bila bapa yang disayangi dihina dengan begitu keji, sebagai seorang anak dan juga seorang ayah sudah pasti saya tidak dapat untuk membendung perasaan apabila dihina dengan begitu rupa, pastinya jiwa menjadi remuk dan air mata tercurah berderai tanpa boleh tertahan-tahan.

Manusia telah diciptakan oleh Allah memiliki fitrah inginkan kegembiraan, kedamaian, ketenangan dan jiwa yang murni dari segala penghinaan, bukan sahaja polis tetapi begitu juga peserta bersih, mereka manusia yang memiliki naluri yang sama, kerana semua manusia diciptakan oleh Allah dari unsur yang sama.

Jika pihak polis dan keluarganya tersinggung dengan gelaran anjing yg dilemparkan kepadanya, begitulah juga peserta bersih yang pastinya lebih hebat tekanan perasaannya, pihak polis hanya digelarkan sebagai anjing, tetapi mereka diperlakukan seperti seekor anjing, yang seolah-olah mereka bukan seorang manusia, disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan.

Mereka seperti makhluk yang tiada harga lansung pada pandangan pihak polis, dipukul beramai-ramai, bertubi-tubi bukan sahaja dengan tangan,kaki malahan besi yang dihayunkan ketubuh mereka tanpa belas kasihan, jeritan kesakitan, air mata dan darah yang mencurah tidak sedikit pun melahirkan rasa kasihan belas dihati polis, mereka memukul dan terus memukul, seperti tercabut perasaan kasihannya, seperti hilang akalnya, bertindak bukan seperti seorang manusia.

Jika keluarga polis tersinggung dengan gelaran anjing, bagaimana pula keluarga peserta bersih, bagaimana pula hati ayah ibu yang melahir dan membesarkannya apabila melihat anak yang mereka kasihi disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan, sudah pasti hancur luluh hatinya, remuk jiwanya, mengalir air mata kesedihan dan kasihan apabila anaknya diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana perasaan seorang isteri apabila suaminya disepak terajang, bagaimana pula hati seorang anak apabila melihat ayahnya yang telah tua dipukul tanpa belas kasihan?

Cuba juga bayangkan apakah perasaan kita sekiranya kita melihat adik,abang atau kakak kita yang sosok tubuhnya melambung dirempuh kereta , menjadi kaku, tak mampu bergerak dengan tubuh berlumuran darah.

Sebagai seorang peserta bersih, saya tegaskan bahawa tujuan kita adalah untuk menuntut supaya sistem pilihanraya diMalaysia dibersihkan dari segala penipuan, kami tidak berhajat untuk bertembung dengan pihak polis, kerana polis bukan musuh kami, kami kehendaki berhimpun secara aman supaya SPR berlaku adil dalam pilihanraya, tetapi BN telah menggunakan pihak polis untuk melakukan provokasi kpd himpunan kami, polis diarahkan menghalang kami dengan menggunakan kekasaran, polis melepaskan bom asap pemedih mata kepada kami yang tak bersalah, BN gunakan polis, tetapi mereka berlepas tangan, akhirnya pihak kami dan pihak polis yang bertelingkah.

Kami juga tidak mahu bertembung dengan polis kerana sebahagiannya adalah seagama dan sebangsa dengan kami, ada juga polis dari kaum keluarga kami. tetapi pertembungan pasti tidak boleh dielakkan selagi pihak polis tidak bersifat berkecuali, memihak kepada BN. Kami menentang penipuan BN, pihak polis pula mengikut arahan BN supaya menentang kami. maka pastinya berlaku pertembungan.

Saya menyeru agar kita semua berlapang dada, bermuhasabah dan beriltizam untuk memilih pemerintah yang adil dan jujur dalam melayani seluruh rakyatnya, kakitangan kerajaan seperti polis tidak digunakan untuk kepentingan politik tetapi berkhidmat untuk rakyat, saya yakin pada ketika itu tidak ada polis yang digelarkan dengan anjing, dan juga tidak ada polis yang menyepak rakyat seperti anjing. saya sangat yakin hubungan polis dan rakyat akan lebih baik dan imej polis akan pulih tanpa BN.

Akhirnya jika polis ingin supaya peserta bersih memohon maaf kerana menggelarkannya sebagai anjing, pihak polis juga mesti memohon maaf kepada peserta bersih kerana memperlakukan mereka lebih daripada anjing. — with Najmie Kuantan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
CARA MENGHADAPI KEMELESETAN EKONOMI SEPERTI KEJATUHAN NILAI WANG
CARA MENGHADAPI KEMELESETAN EKONOMI SEPERTI KEJATUHAN NILAI WANG
02-05-2016 3,220 Views 0 Replies
Kisah kekejaman manusia terhadap anak kucing
Kisah kekejaman manusia terhadap anak kucing
10-19-2011 8,626 Views 0 Replies
Hentikan Kekejaman Terhadap Kanak-Kanak
Hentikan Kekejaman Terhadap Kanak-Kanak
02-10-2012 4,642 Views 0 Replies
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
03-08-2012 2,574 Views 1 Replies
Mat Saleh Register
Mat Saleh Register
11-01-2010 3,063 Views 4 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 12:39 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend