Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeSiHaTaN v
« Previous 1 2 3 4 5 6 7 Next »

Tip permakanan menjelang bulan Ramadan / Puasa

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tip permakanan menjelang bulan Ramadan / Puasa
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-12-2012, 06:14 PM (This post was last modified: 07-12-2012, 06:17 PM by Mr.Pingu.)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tak berapa lama lagi tak sampai pun sepuluh hari umat Islam akan menghadapi bulan yang paling ditunggu-tunggu untuk meningkatkan pahala amal ibadah iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Di bulan yang mulia ini, umat Islam diwajibkan berpuasa, iaitu menahan makan dan minum dan segala perkara yang membatalkan puasa. Saya tak nak sentuh hal yang detail. Pada hari ini saya nak sentuh tentang pemakanan.

Kebiasaannya, ramai orang yang akan makan seberapa banyak yang dia suka sebelum menghadapi bulan puasa kerana mereka nak merasai kepuasan menikmati juadah makanan sebelum mereka perlu berpuasa. Sebenarnya, hal ini adalah satu tabiat yang hanya akan menyiksakan diri anda menjelang bulan ramadan. Mengapa begitu? Perut kita yang sudah biasa diisi dengan sejumlah makanan yang banyak akan mengalami kejutan jika tiba-tiba ia tidak diisi dengan makanan. Maka kita akan mudah merasa pedih semasa berpuasa dan kelaparan yang melampau. Untuk mengelakkan mengalami perkara ini, kita sebagai umat Islam perlu melakukan fasa pengurangan makanan secara berperingkat sebelum menghadapi bulan puasa.

Bagaimanakah fasa pengurangan makanan dilakukan? Mudah sahaja! Anda perlu mengurangkan kuantiti makanan yang anda ambil secara berperingkat terutamanya jumlah nasi. Semakin menghampiri ramadan maka semakin kecillah kuantiti makanan yang diambil. Ini adalah persediaan untuk perut kita menghadapi keadaan tanpa makanan pada siang hari di bulan ramadan. Apabila anda sudah memasuki bulan ramadan, saya nasihatkan bahawa anda mengambil kuantiti makanan yang kecil ketika bersahur dan berbuka. Ini adalah untuk memberikan perut anda lebih kestabilan semasa berpuasa. Anda pasti tidak akan mengalami kepedihan perut ketika berpuasa jika anda melakukan fasa pengurangan makanan dan pengambilan makanan yang sedikit ketika bersahur dan berbuka. Memadai untuk mengisi perut sedikit untuk sumber tenaga.

Makanan yang dicadangkan kedtika bersahur ialah sedikit nasi berlauk dan jangan lupa memakan kurma. Semasa berbuka pun anda boleh mengambil nasi atau apa jua makanan lain pada kuantiti yang sedikit. Pada malam hari banyakkan mengambil air kosong (kalau boleh air mineral) untuk menggantikan air yang terhidrat sepanjang hari. Insha-Allah dengan melalukan sedikit usaha ini, Bulan puasa tidak menjadi masalah untuk anda hadapi dengan cerdas dan selesa. Disamping itu, dbadan akan menjadi lebih sihat dan kepada yang gemuk pasti akan kurus sedikit =)

Sekian sahaja. Selamat beramal.

p/s: AKu taulah bulan puasa Bazaar ramadan meriah tapi korang tahan la nafsu korang tu dari beri macam-macam makanan yang tak sepatutnya korang beli. membazir dan xelok untuk kesihatan perut korang masa puasa. hehe

ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Khasiat Buah Strawberi
Khasiat Buah Strawberi
08-22-2010 3,025 Views 0 Replies
Murid Tahun 5, Mati selepas menikmati Juadah Berbuka Puasa
Murid Tahun 5, Mati selepas menikmati Juadah Berbuka Puasa
08-10-2011 1,639 Views 0 Replies
Kelebihan Kurma, Kismis dan Madu
Kelebihan Kurma, Kismis dan Madu
08-21-2010 1,619 Views 0 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,849 Views 1 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,475 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread:
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 10:48 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend