Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaDGeT v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Huawei Honor - Telefon pintar terkini

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Huawei Honor - Telefon pintar terkini
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-18-2012, 08:21 PM (This post was last modified: 07-18-2012, 08:22 PM by Mr.Pingu.)
Kemunculan telefon pintar masakini memang cukup banyak dan teknologi baru berkembang dengan pesat. Terbaru, Huawei memperkenalkan telefon pintar yang mungkin menjadi pencabar kepada telefon pintar yang sedia ada. Jenama ini dinamakan "Huawei Honor" Baca ulasan ringkas dibawah:

Quote:

Huawei, gergasi telekomunikasi China yang juga pengedar perkakasan infrastruktur telekomunikasi kedua terbesar dunia selepas Ericsson, menyertai persaingan dalam segmen telefon pintar Android dengan model baru yang berdaya saing.

Telefon pintar yang dinamakan Huawei Honor bukan saja menepati kualiti sebuah telefon pintar tetapi juga lebih baik berbanding telefon lain dalam kelasnya.

Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB. Spesifikasi ini mungkin tidak meletakkan ia sebagai gajet mudah alih premium tetapi komponen utama yang digunakan adalah sama dengan beberapa produk telefon pintar jenama terkenal di pasaran ketika ini.

Kepantasannya melancarkan pelbagai tugasan atau aplikasi secara serentak adalah memuaskan bagi sebuah telefon pintar yang dipacu prosesor teras tunggal.

Huawei memberi penekanan kepada aspek paparan telefon pintar ini. Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar.

Kualiti paparan seperti ini tidak jauh beza dengan paparan telefon pintar lain di pasaran. Namun, kualitinya masih boleh ditingkat untuk membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya kepuasan tontonan.

Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP.

Mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi.

HUWEI HONOR
− Menggunakan sistem Android 4.0
− Dilengkapi dua kamera
− Berat 140 gram
− Nipis 10.9 milimeter

SUMBER
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
XPAX ada free voucher ke?
XPAX ada free voucher ke?
01-11-2016 8,791 Views 12 Replies
Produk yang baru dari Blackberry Z10
Produk yang baru dari Blackberry Z10
04-22-2013 5,507 Views 7 Replies
Pelajar Sekolah bawa telefon Bimbit ke Sekolah: Perlu ke?
Pelajar Sekolah bawa telefon Bimbit ke Sekolah: Perlu ke?
02-19-2013 15,399 Views 14 Replies
Baguih ke idak ni?
Baguih ke idak ni?
04-20-2011 13,218 Views 24 Replies
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
01-09-2011 10,054 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Penggunaan Telefon Pintar adalah meluas kini Mr.Pingu 1 1,016 08-25-2026, 01:03 AM
Last Post: Mr.Pingu
  U-Mobile: Pakej postpaid terbaik untuk telefon pintar Mr.Pingu 6 13,022 07-11-2013, 11:22 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Telefon Bimbit Pintar tahan 5 tahun tanpa di charge Mr.Pingu 0 1,809 03-05-2013, 03:05 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 09:41 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend