Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › CiNTa@SaHaBaT v
1 2 Next »

Anak Dara tolong jangan pilih suami orang!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Anak Dara tolong jangan pilih suami orang!
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
Exclamation  07-24-2012, 03:04 PM
Anak dara sunti taste kat laki orang. Ni biasa je zaman sekarang. hadap sangat nak laki orang macam takde laki bujang yang macho dan layak jadi suami korang. Ada juga anak dara sunti ni punye peel yang semacam. Bila pikirkan laki orang atau lelaki berstatus suami ni indah-indah je. Contohnya:

"Ah, aku suka la laki si minah tu. Caring betul. Penyayang, kelakar.. aku nak sangat dapat laki macam dia. Boleh tak aku nak ehem2.. dgn dia.."

"Laki orang ni aku minat sebab diorang lebih banyak pengalaman dalam rumahtangga dan mesti lebih romantik kan?"

dan.. sebagainya. Namun disebalik angan-angan korang yang hazab dan nan hado tu korang pernah fikir akan keburukannya? Kalau tak tahu baca la sedikit sebanyak artikel dibawah:

Quote:
10 Sebab Kenapa Anak Dara Tidak Boleh Pilih Suami Orang

Ada setengah wanita berkata, "Suami orang ini pandai jaga hati" ... hmmm ye ke? Itu pandangan kasar je. Mungkin si anak dara nampak si suami ni caring sebab dia hanya caring pada yang berdahi licin, tapi pada isteri sendiri ibarat endah tak endah je.

Mungkin ada kelebihan mengapa ada anak dara memilih suami orang. Tapi percayalah, banyak sebenarnya yang boleh mendatangkan masalah. Jadi fikirkan baik-baik. Weihh ramai lagi lelaki bujang di luar sana.

Sekarang, saya kongsikan kenapa dan mengapa anak dara tak boleh pilih suami orang sebagai pasangan hidup mereka.

10 Larangan Si Gadis Tak Boleh Pilih Suami Orang

1. Si dia tidak akan berani membuat sebarang komitmen dengan anda
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran anda, apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi anda. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan anda. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta anda saja!

2. Sanggup menipu isterinya
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada anda sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, anda menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap anda apabila anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan anda kelak.

3. Hubungan secara sulit
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri kerana anda akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Anda tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana anda akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat anda berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati anda kena serang!

4. Lelaki lebih beruntung
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam anda pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, anda tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Anda hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Anda kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. Mampukah anda mencintainya?
Persoalannya, apakah anda masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan anda sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. Si dia akan hilang hormat terhadap anda
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada anda dan menarik minat anda, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti anda yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula anda benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. Pemusnah rumah tangga orang lain
Ingat ! Sebagai wanita, anda seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis anda. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa anda tidak menghormati hak kaum anda sendiri. Bayangkan jika hak anda diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini anda mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak anda suatu hari nanti! Renungkan!

8. Anda menipu diri sendiri
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada anda tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan anda. Inilah yang dikatakan sebagai "action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. Berwaspadalah dengan "boomerang kesalahan"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan anda lalu membuatkan anda terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal anda seorang yang menderita !

10. Masa itu emas! Dan anda tidak sepatutnya mensia-siakannya
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia anda semakin meningkat. Apabila anda sudah tua baru anda sedar yang anda terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, anda sudah tidak tahu apa yang patut anda lakukan. Terasa begitu lama anda mempersiakan zaman muda anda menjalinkan hubungan yang tak bermakna!

Semoga ia menjadi pedoman dan panduan. Saya bukan ingin menidakkan rasa dan perasaan anda terhdap suami orang, walaupun ia tidak bertentangan dengan agama, tetapi fikirkan kembali .... bukan mudah berkongsi kasih di dunia sekarang .... jika zaman dulu .. mungkin. Sekarang .. saya fikir ... perlu banyak ilmu dan perlu tinggi agama ... bukan mudah sebenarnya menjadi suami kepada isteri2. Dan jika anda tidak mahu kecewa di kemudian hari .... elakkan.

SUMBER
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
08-17-2010 1,860 Views 0 Replies
Jangan biar atlit jadi korban
Jangan biar atlit jadi korban
08-19-2010 1,483 Views 0 Replies
Suami dan perempuan simpanan, Isteri dengan anak ikan
Suami dan perempuan simpanan, Isteri dengan anak ikan
12-25-2010 2,881 Views 0 Replies
business talk
business talk
06-20-2022 4,589 Views 14 Replies
newbie kat sini
newbie kat sini
04-04-2012 1,494 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:23 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend