Mr.PiNGU tidaklah mengkaji sejarah. Belajar setakat disekolah itu sahaja. Banyak pun yang dah lupa. Tapi apabila seorang rakan FB berkongsi tentang "Hari Kemerdekaan" yang sebenarnya, saya pun terfikir dan keliru sedikit, iaitu tentang pembentukan Malaysia dan kemerdekaan sebenar Malaysia. Malaysia berusia 55 tahun adakah benar? Iya, tanah Melayu berusia 55 tahun selepas merdeka namun tidak bagi Sabah dan Sarawak. Jadi adakah hari kemerdekaan 55 tahun ini adalah khas untuk Semenanjung Tanah Melayu?
Perkara ini dibangkitkan oleh Rakyat Sabah dan Sarawak yang ingin penjelasan. Mereka terkilan. Ramai yang bercadang Sabah Sarawak keluar daripada Malaysia. Sampai macam itu sekali. Jadi semua pihak perlu peka dan memikirkan hal ini.
Perkara ini dibangkitkan oleh Rakyat Sabah dan Sarawak yang ingin penjelasan. Mereka terkilan. Ramai yang bercadang Sabah Sarawak keluar daripada Malaysia. Sampai macam itu sekali. Jadi semua pihak perlu peka dan memikirkan hal ini.

Quote:Malaya Merdeka (31.08.1957) …………… 55 tahun
Sabah Merdeka (31.08.1963) …………… 49 tahun
Sarawak Merdeka (22.07.1963) …………… 49 tahun
PERSEKUTUAN MALAYSIA DIBENTUK:
16.09.1963 ……. 49 Tahun
Mana satu tarikh yang sepatutnya seluruh rakyat Persekutuan Malaysia merayakan sebagai tanda kesyukuran, samada 49 Tahun ATAU 55 tahun. Umur Malaysia baru 49 tahun.
Jika dilaung-laungkan Malaysia Merdeka 55 tahun, bermakna Sabah , Sarawak tidak pernah dianggap sebagai sebahagian daripada Negara Malaysia. Malaya menganggap Malaysia itu adalah MALAYA sahaja. Jika ini berterusan @ Malaya tidak akan pernah anggap Sabah, Sarawak sebagai sebahagian Persekutuan, maka lebih baik keluarkan saja dua Negara ini daripada persekutuan.
Anak-anak kita dipaksa mengibarkan Jalur "Gemilang" yang kononnya berumur 55 tahun. Tidak salah menyambut kemerdekaan 55 tahun tetapi itu adalah Malaya sahaja. Kita di Sabah dan Sarawak akan turut sama memberikan sokongan moral sebagai rakan kongsi persekutuan - Kensin Tinorusan
TARIKH DALAM GAMBAR SEPATUTNYA 16.09.1963
SUMBER ASAL

