Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SuKaN v
« Previous 1 2 3 4 5 Next »

Wanita hamil Malaysia wakil ke Sukan Olimpik 2012

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Wanita hamil Malaysia wakil ke Sukan Olimpik 2012
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-28-2012, 05:34 PM
Atas semangat Malaysia boleh, wanita ini sahut cabaran menyertai sukan olimpik dalam acara menembak. Walaupun berisiko namun beliau tetap gagahhakn diri. Penyertaan beliau mencipta kejayaan tersendiri dan mendapat tumpuan seluruh dunia.

Quote:
Atlet hamil Malaysia ke temasya Olimpik jadi tumpuan

Keazaman atlet hamil Malaysia Nur Suryani Mohamed Taibi, 29, untuk memenangi pingat dalam acara menembak pada sukan Olimpik London, bukan saja menarik perhatian ramai penulis blog, malah akhbar terkemuka seperti New York Daily News, New York Times dan Columbus Despatch.

Menang atau kalah memang adat pertandingan, tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter air-rifle, sudah berjaya menarik perhatian kolumnis dan pemberita yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan.

Dalam laporannya mengenai Nur Suryani, New York Daily News antara lain menulis "penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini."

Perkara yang mengagumkan peminat Nur Suryani di seluruh dunia ialah sikapnya yang berpegang teguh dengan semangat "Malaysia Boleh" - azimat yang menjadi pembakar semangat kebanyakan rakyat Malaysia untuk maju dalam segenap lapangan.

Kata-kata atlet ini kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal. Katanya: "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."

Penyertaan Nur Suryani mendorong media Amerika membuat spekulasi tentang jumlah wanita hamil yang menyertai sukan Olimpik setakat ini. Fakta mengenainya sukar diperoleh kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak mempunyai rekod tentang perkara itu.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga wanita hamil telah beraksi pada sukan Olimpik dan itupun Sukan Olimpik Musim Sejuk Antarabangsa.

Kali terakhir melibatkan jaguh acara Curling Kanada Kristie Moore, yang bertanding pada Olimpik Vancouver 2010 ketika hamil lima bulan setengah.

Penyertaan atlet ini menjadi lebih sensasi apabila dia memenangi pingat perak bagi acara itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kes wanita hamil mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, selain sukan Olimpik. Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai Chicago Marathon tahun lepas ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara itu.

Media Amerika melaporkan Nur Suryani sebagai berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara yang betul. Sebuah akhbar melaporkan wanita bersemangat waja ini "membelai anak yang dikandungnya dengan kata-kata penuh kasih sayang".

Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa.

Nur Suryani menduduki ranking ke-47 di dunia dan doktor membenarkannya membuat perjalanan ke luar negara.

The New York Times memetik atlet ini sebagai berkata apabila tua kelak, dia akan berkata kepada anaknya: “Kamu sungguh bernasib baik. Belum lahir lagi, kamu sudah menyertai sukan Olimpik!"
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
'Saya mahu hadiah emas kali ini'
'Saya mahu hadiah emas kali ini'
11-10-2010 1,290 Views 0 Replies
Filem Malaysia paling berjaya mendapat kutipan tinggi
Filem Malaysia paling berjaya mendapat kutipan tinggi
01-09-2011 4,213 Views 0 Replies
Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia
Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia
11-11-2010 1,494 Views 0 Replies
Nama Manusia terpanjang di dunia
Nama Manusia terpanjang di dunia
07-23-2012 1,739 Views 0 Replies
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
03-08-2012 2,570 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Perak untuk Malaysia: Olimpik Tokyo 2021, Azizul Hasni Awang hebat! Mr.Pingu 0 780 08-09-2021, 11:36 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 07:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend