Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 5 6 7 8 9 ... 24 Next »

Rahsia Kebahagiaan Rumah tangga Rosnah Mat Aris

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rahsia Kebahagiaan Rumah tangga Rosnah Mat Aris
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-29-2012, 11:15 AM
Bertuah empunya badan Rosnah Mat Aris yang bahagia disamping suami tersayang yang baru berusia 30 tahun sedangkan beliau sudah menginjak ke 57 tahun! sangat besar jurang beza usia mereka namun itulah yang dikatakan jodoh xmengenal usia. Baca kisah lanjut tentang rahsia kebahgiaan Pelakon Rosnah Mat Aris

Quote:
PETALING JAYA: Pelakon Rosnah Mat Aris menganggap keputusan untuk tidak mendedahkan identiti suaminya antara faktor rumah tangga yang dibina selama lima tahun itu bahagia dan bertahan tanpa sebarang pergaduhan besar.

Rosnah, 57, berkata, sifat privasi itu dibuat agar perkahwinannya dengan Tajul Efendie Isa atau lebih dikenali sebagai Blue, 30, tidak dijadikan bahan bualan negatif lebih-lebih kerana jurang usia berbeza di mana sedikit sebanyak mampu mengganggu rumah tangga mereka.

"Syukur Alhamdulillah, sudah lima tahun kami bergelar suami isteri dan sepanjang perhubungan ini belum pernah lagi ada pergaduhan besar.

"Mungkin sikap privasi saya yang enggan mendedahkan suami antara satu sebab kami hidup tenang tanpa sebarang gangguan," katanya.

Rosnah ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitul Fitrah di Hotel Royale Bintang, Damansara dekat sini baru-baru ini.

Tambah pelakon itu, walaupun mempunyai perbezaan umur 26 tahun, namun dia dan suaminya tidak pernah meletakkan angka usia itu sebagai sepadan dalam menjalani kehidupan rumah tangga. Malah, Rosnah tidak sangka bahawa suaminya mampu mengubah dirinya kepada seorang yang pemaaf dan lemah lembut.

"Walaupun usia suami jauh lebih muda, tetapi fikirannya lebih matang daripada saya. Dia mampu membimbing saya menjadi isteri yang lebih matang.

"Antara sebab lain kebahagiaan kami masih kukuh kerana dia juga mengajar saya untuk berbincang setiap kali masalah timbul dan ia harus diselesaikan pada masa itu juga. Maka tiadalah dendam pada keesokan harinya.

"Selain itu kata-kata maaf juga penting. Walaupun adakala masalah yang timbul bukan berpunca daripada diri kita, namun tak ada ruginya untuk meminta maaf. Tidak seperti saya yang dahulunya terlalu mengikut emosi dan suka bermasam muka sehingga berhari-hari," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga bersyukur apabila pihak keluarga Blue tidak pernah memandang rendah terhadap Rosnah, malah kehadirannya yang menceriakan lagi keluarga mereka. Rosnah dan Blue telah mendirikan rumah tangga pada 13 November 2007 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak.

Statusnya dipertikai dan menjadi kontroversi apabila Rosnah menafikan tentang perkahwinannya itu dan tidak lama kemudian, Rosnah akhirnya mengaku bahawa dia sudah bernikah dengan lelaki muda berkenaan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka
Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka
08-06-2010 1,749 Views 0 Replies
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
10-24-2010 12,550 Views 17 Replies
Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai
Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai
08-19-2010 1,246 Views 0 Replies
Jom Borak-Borak Sampai Lebam
Jom Borak-Borak Sampai Lebam
04-05-2011 41,542 Views 52 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 8,996 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 11:59 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend