08-09-2012, 04:27 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2012 merupakan sambutan Hari Kemerdekaan paling kontrobesi abad ini. Banyak isu yang dibangkitkan terutamanya tentang tema dan juga logo.
Dari segi tema, ramai yang membangkang akan tema "Janji Ditepati" yang sangat jelas merujuk kepada motto kerajaan Barisan Nasional. Ramai yang mengatakan ini tidak adil untuk pakatan rakyat yang juga Rakyat Malaysia yang sama-sama menyambut dan menghayati hari kemerdekaan.
Tak cukup dengan isu tema dan logo, muncul pula lagu tema Hari kemerdekaan yang cukup menggelikan hati kerana menyelitkan lirik-lirik janji ditepati termasuklah Kedai Satu Malaysia whatever. Lagilah ramai rakyat mengamuk. Bahkan melodi lagu tersebut dikatakan ditiru daripada sebuah lagu Indonesia yang berbentuk ketuhanan (Kristian). Lagu ini mendapat sangat banyak dislike oleh pendengar (last time saya lihat almost 40,000 dislike!)
Dibawah ini ditunjukkan logo hari kemerdekaan yang dicadangkan yang mana mendapat tentangan hebat:

Kemudian, pakatan rakyat pula mencadangkan satu tema dan logo yang baru, iaitu bertemakan: Sebangsa, Senegara, Sejiwa. Walaupun tema ini juga mendapat tentangan daripada ramai tetapi ia dikatakan lebih baik daripada tema janji ditepati, sekurang-kurangnya. Logo adalah seperti dibawah:

Pada pendapat saya, logo ini lebih menarik daripada logo 1Malaysia janji ditepati. Logo dibawah ini pula dikatakan draf asal yang dicadangkan berbentuk bunga raya. Agak lawa juga:

Walau apapun isu yang melanda, kita harus menyatukan hati kita dan menghayati erti kemerdekaan negara yang diperjuangkan oleh Nenek Moyang Kita dahulu kala demi kesenangan hidup kita semua. =)