08-19-2010, 06:41 AM
BARCELONA: Bintang Argentina, Lionel Messi (gambar) menggesa Barcelona untuk pantas bertindak mendapatkan tandatangan bintang Liverpool, Javier Mascherano.
Pemain terbaik dunia itu mahu ketua pasukan negaranya yang bernilai �25 juta (RM125 juta) menyertai kelab gergasi Sepanyol itu secepat mungkin sebelum dipintas kelab lain. “Saya percaya ‘kapten kecil’ ini akan menyuntik kekuatan baru kepada Barcelona. Dia ada kualiti bermain untuk kami dan perwatakan ada padanya tampak sesuai untuk cabaran kelab kami,” kata Messi, semalam. Pemain licik itu yang juga rakan karib Mascherano dipercayai cuba mempengaruhi pengurusan kelab kerana dia berminat melihat pemain tengah Liverpool beraksi bersamanya, musim ini.
Mascherano, 26, sudah pun secara terbuka menyuarakan hajatnya meninggalkan Anfield atas sebab keluarga. Menurut ejennya, dia berminat berpindah ke Nou Camp tetapi Barcelona hanya menawarkan �12 juta (RM60 juta), termasuk bekas bintang Arsenal, Alexander Hleb. – Agensi

